Petua
yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis
yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian
diminum. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang
buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap
sebarang penyakit. Selamat mencuba....
MENCARI ATAU
MENGINGATI SESUATI BENDA YANG TERLUPA
Adakalanya
kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah
kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan
halaman rumah ataupun di mana juga. Untuk mencarinya bukanlah perkara
yang mudah & mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum
berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari
sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insya Allah barang
yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat
semula.
Amalkan
membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika
anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati
kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu.
Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum
musnah/dicuri orang ), dengan kuasa Allah anda akan menemui apa
yang anda cari. Cubalah sendiri. Petua ini telah saya amalkan dan
setakat ini sungguh berhasil sekali.
PUSPANITA Cawangan Kecil SPA,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks
C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
No. Tel: 603 - 8885
6000 | Faks: 603 - 8888 5041
PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau
kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui
laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE
versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.