New Page 2
Untitled Document

New Page 3

Laman Utama

 Pengenalan
 Organisasi
 Aktiviti Biro
 Galeri
 Buletin
 Hubungi
New Page 3

Koleksi

 Resipi
 Petua
 Tip Kesihatan
 Tip ICT
 

  

 Panduan Melindungi
 Katalaluan

  

 Perkara Yang Tidak
 Patut Dilakukan Ketika
 Memilih Katalaluan

  

 Menghalang E-Mel Yang
 Tidak Diundang
 Novel Pilihan
 Puisi
New Page 3

Audio BARU_7.GIF

 Lagu Puspanita
New Page 3

Pendidikan

Nasyrah Child Care Centre
Tabung Latihan
Belum menjadi ahli?
Muat turun borang PUSPANITA di sini
Kembalikan borang yang telah lengkap diisi kepada wakil bahagian anda.
Ingin memberi komen atau cadangan berkenaan Portal Puspanita SPA? Anda bolehlah berbuat demikian dengan menghantarkan emel kepada.webmaster
Anda pelawat ke:

Sejak September 2008
New Page 1 Tarikh kemas kini:

SPA Portal > Puspanita > Tip_ICT > Menghalang E-Mel Tidak Diundang
New Page 2

 

MENGHALANG E-MEL TIDAK DIUNDANG

 

 

Kotak mel anda dipenuhi dengan mel elektronik (e-mel). Ia bukannya dipenuhi dengan kandungan e-mel yang marahkan anda kerana sesuatu perkara atau bengang dengan sikap anda. Sebenarnya ia dipenuhi dengan e-mel yang tidak diundang dari pihak atau orang yang tidak anda kenali, malah kadang-kadang ada e-mel robot (e-mel yang dihantar secara automatik oleh pelayan komputer).

Inilah yang dikatakan kegiatan ‘spamming’ iaitu e-mel yang datangnya tanpa diundang dan tidak diperlukan oleh anda.
 
Satu kajian yang dibuat oleh GartnerGroup, badan penyelidik di Stamford, Connecticut Amerika Syarikat mendapati bahawa 90 peratus pengguna internet didatangi e-mel tidak diundang secara mingguan dan lebih 50 peratus daripadanya secara harian. Pengguna yang terselamat dari fenomena ini hanyalah pengguna yang telah mengambil langkah yang ketat dengan meletakkan perisian pertahanan anti spamming dalam aplikasi e-mel mereka.
 
Di sini dipaparkan beberapa langkah bagi melawan balik kegiatan penghantaran kandungan e-mel yang tidak diundang ini:
 

1.

Jangan sesekali menjawab e-mel yang tidak diundang. Jika anda menjawab balik, maka pihak terbabit akan mendapat kepastian bahawa alamat e-mel anda adalah sah. Pastinya anda akan dipenuhi dengan e-mel yang bertambah banyak.
   

2.

Daftar atau langganilah akaun e-mel berasaskan web. Gunakan alamat ini sebagai alamat yang ‘dibuang’ sekiranya anda telah tersenarai dalam senarai pihak berkenaan.
   

3.

Hantarkan e-mel yang tidak diundang kepada SpamRecycling Center (www.spamrecycle.com). Pusat ini akan panjangkan e-mel anda kepada pihak berkuasa bagi memeriksa kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini. Pihak JARING juga menyediakan alamat bagi menolong anda mengatasi masalah ini dengan menghantar kandungan e-mel berkenaan kepada abuse@jaring.my. Antara kategori kandungan e-mel jenis ini ialah e-mel yang tidak berfaedah secara kerap.
   

4.

Ada beberapa pihak lain yang bertugas menangani masalah ini. Salah satunya ialah SpamCop (www.spamcop.net). Anda simpan kandungan e-mel tersebut, dan kemudian pihak SpamCop akan menghubungi Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) yang digunakan oleh pihak spamming sebagai tapak kegiatan mereka. Pihak lain ialah seperti Junkbusters (www.junkbusters.com) dan Network Abuse Clearing house (www.abuse.net).
   

5.

Gunakan penapis e-mel tidak diundang terkini. Contohnya perpustakaan perisian ZDNet (www.hotfiles.com) ada menyediakan versi demo perisian berkenaan secara percuma dengan nama Spam Buster dan SpamEater.
   

6.

Apabila anda menghantar e-mel kepada kumpulan perbincangan, letakkan perkataan seperti ‘NOSPAM’ kepada alamat e-mel balasan anda. Misalnya hizam@syarikatNOSPAM.net. Ahli-ahli perbincangan akan dapat mengesannya, tetapi tidak bagi pihak yang ingin menghantar e-mel tidak diundang itu.
   

7.

Tanyakan pihak ISP anda berapa ramaikah kakitangan yang dikhususkan bagi mengesan kegiatan e-mel tidak diundang ini. Adalah elok jika ISP anda menyediakan sekurang-kurangnya seorang kakitangan bagi setiap 100,000 pelanggan. Jika tidak elok sekiranya anda tukar ISP.
   

8.

Satu alamat e-mel yang baik ialah yang berakhir dengan .edu atau .gov. Menurut pihak Spambot (www.turnstep.com/Spambot), kumpulan penghantaran e-mel tidak diundang cuba elakkan alamat sebegini.
   
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari
Google

WWW
www.spa.gov.my
New Page 3

Pautan Puspanita

 Puspanita Kebangsaan
 Jab. Perdana Menteri
 Jab. Perkhidmatan
 Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
PUSPANITA Cawangan Kecil SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
No. Tel: 603 - 8885 6000 | Faks: 603 - 8888 5041

PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta Terpelihara© 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.