New Page 2
Untitled Document

New Page 3

Laman Utama

 Pengenalan
 Organisasi
 Aktiviti Biro
 Galeri
 Buletin
New Page 3

Koleksi

 Resipi
 Petua
 Tips Kesihatan
 Novel Pilihan
New Page 3

Audio BARU_7.GIF

 Lagu Puspanita
New Page 3

Pendidikan

Nasyrah Child Care Centre
Tabung Latihan
SPA Portal > Puspanita > Tabung Latihan
New Page 2

Latar Belakang
 
Tabung Latihan PUSPANITA (TLP) ditubuhkan pada 1998. Pelancarannya telah diadakan pada 7 Ogos 1998 oleh Y.A.Bhg. Datin Paduka Dr. Siti Hasmah inti Haji Mohd. Ali selaku Pengerusi PUSPANITA Kebangsaan.

Tujuan TLP
  Memberi bantuan kewangan dan perkhidmatan kepada pelajar lepasan sekolah untuk mengikuti kursus kendalian:
  - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  - Kementerian Pelajaran Malaysia
  - Kementerian Sumber Manusia
  - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  - Kementerian Belia dan Sukan
  - Kolej Universiti Lim Kok Wing
  - ELS Language Centre Malaysia
   
Objektif TLP
  Tabung ini ditubuhkan untuk memberi bantuan pendidikan kepada pelajar Malaysia amnya dan anak-anak ahli PUSPANITA khususnya. Objektif TLP adalah seperti berikut:
 
-

Memberi keutamaan kepada ahli-ahli yang aktif tetapi kurang mampu untuk menghantar anak-anak mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di Institusi terpilih.
 
-

Memberi maklumat dan panduan berkenaan bidang-bidang kursus yang ditawarkan oleh Institusi terpilih.
 
-

Mengenalpasti Institusi Penganjur yang bersedia memberikan kursus/membiayai pelajar-pelajar.
 
-

Memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus-kursus tertentu di Institusi terpilih.
     
Syarat-Syarat Permohonan TLP
 
1.

Ahli PUSPANITA (keutamaan kepada ahli yang aktif)
 
2.

Bukan Ahli PUSPANITA
 
3.

Ibu bapa kurang mampu
 
4.

Anak yang mempunyai kelayakan akademik yang ditetapkan

Syarat Memohon Bantuan Kewangan TLP - Permohonan Kemasukan Ke Institusi Yang Terpilih
 
Pada masa ini permohonan kemasukan pelajar ke Institusi terpilih oleh Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan adalah secara online dan pengambilan pelajar mengikut merit. Oleh yang demikian, Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan telah memutuskan supaya permohonan pelajar (ahli dan anak ahli) tidak perlu dihantar melalui PUSPANITA. Sekiranya ahli dan anak ahli berjaya memasuki Institusi berkenaan barulah borang kewangan (BBK) dikemukakan ke Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan, sebulan dati tarikh pendaftaran. Peraturan ini berkuat kuasa mulai kemasukan tahun 2007. Borang permohonan mesti melalui Cawangan Kementerian/Negeri.

  Permohonan ahli tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
  1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang maklumat ahli (Borang TLP) dan melampirkan dokumen-dokumen yang disenaraikan.
  2. Mengisi borang bantuan kewangan (BBK) dan melampirkan dokumen-dokumen yang disenaraikan.
  3. Diberi keutamaan kepada ahli-ahli yang aktif dengan pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  4. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
     
  Semasa mengemukakan tuntutan, dokumen yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:
  1. Borang bantuan kewangan (BBK)
  2. Borang maklumat ahli (Borang TLP)
  3. Salinan kad ahli
  4. Salinan surat tawaran
  5. Salinan resit pembayaran semasa pendaftaran
  6. Salinan muka hadapan buku akaun ibu/slip pengesahan bank
     
  Bayaran bantuan pendaftaran akan diputuskan oleh Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan. Keputusan Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan adalah muktamad.
     
New Page 3
Syarat Memohon Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang
  Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan telah bersetuju memberi bantuan insentif pelajar cemerlang kepada pelajar berasaskan keputusan peperiksaan akhir yang mencapai himpunan purata nilaian markah (CGPA) 3.50 ke atas. Permohonan hendaklah dikemukakan sebulan dari tarikh keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan dan permohonan mesti melalui Cawangan Kementerian/Negeri.
     
  Permohonan masih lagi tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
  1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang maklumat ahli (Borang TLP) dan melampirkan dokumen-dokumen yang disenaraikan.
  2. Mengisi borang bantuan kewangan (BBK) dan melampirkan dokumen-dokumen yang disenaraikan.
  3. Diberi keutamaan kepada ahli-ahli yang aktif dengan pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  4. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
     
  Semasa mengemukakan tuntutan, dokumen yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:
  1. Borang bantuan kewangan (BBK)
  2. Borang maklumat ahli (Borang TLP)
  3. Salinan kad ahli
  4. Surat akuan pengesahan dari Institut berkenaan (kepala surat asal)
  5. Salinan Sijil/Diploma/Ijazah -- HPNM/CGPA 3.50 ke atas
  6. Salinan muka hadapan buku akaun ibu/slip pengesahan bank
     
  Jumlah insentif akan diputuskan oleh Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan. Keputusan Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan adalah muktamad.
     
Muat turun Borang TLP (dalam bentuk pdf) di sini.
Muat turun Borang BBK (dalam bentuk pdf) di sini.
Muat turun Boang TLP (Biru) (dalam bentuk pdf) di sini.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari
Google

WWW
www.spa.gov.my
New Page 3

Pautan

 Selera Online
 Rumah Impian
 Farmasi Anis
 Kad Ucapan
 E-Majalah
New Page 3

Pautan Puspanita

 Puspanita Kebangsaan
 Jab. Perdana Menteri
 Jab. Perkhidmatan Awam
 Negeri Sabah
 Kem. Penerangan
 Kem. Pelajaran
 Kem. Kerja Raya
 Kem. Sumber Asli & Alam Sekitar
 Kem. Sumber Manusia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
PUSPANITA Cawangan Kecil SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
No. Tel: 603 - 8885 6000 | Faks: 603 - 8888 5041

PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.