Public Services Commission
Malaysia, Level 6-10, Block C7, Complex C, Federal Government Administration
Centre, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036
PUTRAJAYA 1 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Malaysia hari ini telah menerima Pengerusi yang baru iaitu Tan Sri
Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri. Beliau merupakan Pengerusi yang
ke-10 di SPA. Majlis mengangkat sumpah telah dibuat pagi ini di hadapan
Y.A Dato' Bentara Istana Dato' Nik Hashim bin Nik Ab Rahman iaitu Hakim
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Setiausaha SPA Tuan Haji Luey bin
Puteh telah mengiringi ke upacara tersebut. Turut mengiringi ialah
Setiausaha Bahagian, En. Roslee Annuar, En. Mohd Shaiful Ibrahim dan
Pegawai Perhubungan Awam SPA, Puan Radziah Mohd Sharif. - Media SPA
PUTRAJAYA 21 Mac ----- Setiusaha SPA, Tuan Haji
Luey bin Puteh hari ini telah menghadiri perhimpunan bulanan SPA untuk
kali yang terakhir. Beliau membuat ucapan meminta agar warga SPA amanah
ketika menjalankan tugas, dan buatlah tabungan supaya mendapat
kesenangan apabila mendapat kesukaran di masa hadapan. Kepada warga SPA
yang tidak hadir semasa majlis perpisahan yang akan dianjurkan oleh SPA,
beliau meminta maaf kepada warga SPA sekiranya ada membuat kesilapan
semasa beliau bertugas sebagai setiausaha di sini. Antara yang hadir
ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha, SUB dan warga SPA. - Media SPA
BANGI 22 Mac ----- SPA telah mengadakan jamuan sempena
persaraan Setiausaha Tuan Haji Luey bin Puteh malam tadi, di sebuah
hotel terkemuka di Bangi. Malam Jasamu Dikenang itu dihadiri oleh
Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin bin Hj Ahmad Damanhuri dan Timbalan
Pengerusi, Datuk Muhammad bin Mohd Noor. Majlis yang berlangsung selama
2 jam itu turut dihiburkan oleh artis jemputan, Roy. Turut menghiburkan
hadirin ialah warga SPA iaitu Zaimi, Yus, CC Rosli dan Kumpulan Penyanyi
dari setiap Bahagian di SPA. Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan
Setiausaha, SUB dan warga SPA. Di majlis tersebut Pengerusi SPA telah
menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Luey. - Media SPA
PUTRAJAYA 23 Mac ----- SPA hari ini telah menerima
Setiausaha baru iaitu Encik Mohd Yasin bin Mohd Salleh. Beliau yang
berasal dari Johor sebelum ini telah bertugas di JPA sebagai Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Satu upacara ringkas penyerahan
tugas telah pun dibuat pada pagi ini, iaitu antara bekas Setiausaha SPA
iaitu Tuan Haji Luey bin Puteh serta Setiausaha baru, Encik Mohd Yasin.
Turut hadir di upacara itu ialah Timbalan Setiausaha dan SUB. Terdahulu
dari itu, Encik Mohd Yasin dan SUB telah mengadakan mesyuarat yang
pertama di pejabatnya. - Media SPA
Public Services Commission of Malaysia, Level 6 -10 , Blok C7, Complex C,
Federal Government Administration Centre, 62520 Putrajaya.
Telephone : 603 8885 6000 | Faxs : 603 8888 5036