Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Saya berharap portal ini mampu menjadi satu wadah memudahkan orang ramai berurusan dengan SPA selaras dengan motto SPA iaitu Mudah, Cepat dan Tepat.
Dengan adanya pembudayaan Teknologi Maklumat yang semakin meluas di kalangan rakyat Malaysia, saya percaya pelanggan SPA yang celik ICT juga kian meningkat. Untuk itu, SPA telah menyediakan beberapa aplikasi yang boleh memberi khidmat secara online. Misalnya Sistem Mengambil Sepanjang Masa atau e-SMSM menjadi medium untuk orang ramai memohon jawatan dalam sektor awam tanpa perlu membeli Borang SPA 8 (OMR).
Bagi mengetahui status permohonan, jadual menduduki peperiksaan, keputusan peperiksaan atau keputusan temu duga ruangan ‘Semakan Online’ disediakan untuk makluman segera. ‘Soalan Lazim’ berkaitan urusan pengambilan turut disediakan dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil untuk kemudahan selain Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris seperti mana lazimnya.
Dengan adanya portal ini, diharapkan orang ramai dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. SPA juga mengalu-alukan maklum balas untuk penambahbaikkan mutu perkhidmatan bagi kepentingan masyarakat dan Negara.
Public Services Commission of Malaysia, Level 6 -10 , Blok C7, Complex C,
Federal Government Administration Centre, 62520 Putrajaya.
Telephone : 603
8885 6000 | Faxs : 603 8888 5036