PERMOHONAN
JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)
----------------------------------------
Warganegara
Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan
kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam
Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka,
Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang
Permohonan Online (SPA8i) yang disediakan di sebelah kiri
laman ini
Permohonan
boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal
JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan
permohonan terdahulu dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah
maksimum 5 jawatan.
Sila
mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.
Pertukaran
Pusat Temu Duga Bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Gred N17
Calon-calon
temu duga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 di
Seremban, Negeri Sembilan yang telah dijadualkan menghadiri
temu duga di Jabatan Penerangan Negeri
Sembilan, Tingkat 2, Wisma Persekutuan, Jalan Dato' Abdul Kadir,
70990 Seremban, Negeri Sembilan diminta hadir ke pusat
temu duga baru di:
PEJABAT
PENERANGAN DAERAH SEREMBAN
TINGKAT
1, BANGUNAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI LAMA
JALAN
DATO' HAMZAH
70990
SEREMBAN
NEGERI
SEMBILAN
Pertukaran
Pusat Temu Duga Bagi Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Calon-calon
temu duga Penolong Penguasa Kastam Gred W27 di Alor Setar pada
01/07/2009 dan 02/07/2009
yang telah dijadualkan menghadiri temu duga di Bilik
Temu Duga, Kolej Pembantu Perubatan, Hospital Alor Setar, Lebuh
Sultanah Bahiyah, 05250 Alor Setar, Kedah diminta hadir
ke pusat temu duga baru di:
JABATAN
KASTAM NEGERI KEDAH
KOMPLEKS
KASTAM
PERSIARAN
SULTAN ABDUL HAMID
05050
ALOR SETAR
KEDAH
DARUL AMAN
Calon-calon
temu duga Penolong Penguasa Kastam Gred W27 di Kuala Terengganu
pada 07/07/2009 dan 08/07/2009
yang telah dijadualkan menghadiri temu duga di Bilik
Mesyuarat (Kebidanan), Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu,
Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
diminta hadir ke pusat temu duga baru di:
JABATAN
KASTAM NEGERI
KUALA
TERENGGANU
WISMA
KASTAM
JALAN
BALIK BUKIT
20300
KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
Syarat-syarat
lain yang dinyatakan di dalam surat panggilan temu duga adalah
tidak berubah.
Pihak
SPA memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.
Sekian,
harap maklum.
Pemberian Taraf
Berpencen Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun
2008.
[Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang Telah Memilih Skim
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja]
Pelajar-Pelajar Tahun
Akhir di Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta adalah tidak
dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan dalam Borang
Permohonan Online SPA (SPA8i) kecuali bagi
jawatan-jawatan seperti berikut:
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
Penafian:
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab
atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat
yang disediakan melalui laman web ini.