New Page 2
Untitled Document

New Page 3

Laman Utama

 Pengenalan
 Organisasi
 Aktiviti Biro
 Galeri
 Buletin
 Hubungi
New Page 3

Koleksi

 Resipi
 Petua
 Tip Kesihatan
 Tip ICT
 Novel Pilihan
 Puisi
New Page 3

Audio BARU_7.GIF

 Lagu Puspanita
New Page 3

Pendidikan

Nasyrah Child Care Centre
Tabung Latihan PUSPANITA BARU_7.GIF
Tabung PUSPADARABARU_7.GIF
New Page 2

PUSPANITA, merupakan singkatan daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Ahli PUSPANITA terdiri daripada isteri-isteri anggota Perkhidmatan Awam dan anggota wanita Perkhidmatan Awam dari pelbagai kategori.

Tujuan utama penubuhan PUSPANITA, adalah untuk menjadi agen perubahan, di dalam menyokong dasar-dasar kerajaan, yang membabitkan golongan wanita di negara ini. Kerajaan berusaha untuk membawa kemajuan pembangunan yang bermanfaat dan keberkesanannya dapat dinikmati oleh kaum wanita di Sektor Awam khasnya dan rakyat amnya.

Belum menjadi ahli?
Muat turun borang PUSPANITA di sini
Kembalikan borang yang telah lengkap diisi kepada wakil bahagian anda.
Ingin memberi komen atau cadangan berkenaan Portal Puspanita SPA? Anda bolehlah berbuat demikian dengan menghantarkan emel kepada.webmaster
Anda pelawat ke:

Sejak September 2008
New Page 1 Tarikh kemas kini:

Portal Rasmi SPA > Puspanita
New Page 2

   
KISAH DI BANDUNG, JAKARTA. [Klik Di Sini]BARU_7.GIF
   
PROGRAM 'JALINAN KASIH RABBANI' BARU_7.GIF
   
  09 JUN 2009 ----- Biro Pendidikan Puspanita SPA telah menganjurkan satu program JALINAN KASIH RABBANI yang disertai oleh ibu-ibu (ahli-ahli puspanita SPA), dan anak-anak yang berumur 7-17 tahun yang diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Aras 9. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Puspanita SPA iaitu Y Bhg Datin Normah binti Ibrahim. Turut menghadiri adalah Timbalan Pengerusi III, Puan Faidzah binti Arshad. Fasilitor jemputan iaitu Encik Zuhairi Mohd Nopiah dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah berjaya menyampaikan mesej program tersebut dan memberi kesan yang mendalam kepada kanak-kanak dan ibu bapa tentang kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan.....
   
 
 
   
LAWATAN KE BANDUNG, JAKARTA BARU_7.GIF
   
  29 Mei - 01 Jun 2009 ---- Biro Kebajikan dan Sosial Puspanita SPA telah menganjurkan lawatan ke Jakarta-Bandung selama 4 hari 3 malam yang juga disertai oleh Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil SPA iaitu Y. Bhg Datin Normah Ibrahim, Timbalan Pengerusi I: Pn Fuziah bt Mahmood, Timbalan Pengerusi III: Puan Faidzah binti Arshad dan 24 peserta rombongan yang terdiri daripada keluarga dan ahli Puspanita SPA..Tahun depan ke mana pula ya?
   
 
 
   
PEMILIHAN PEMAIN BATU SEREMBAN PERINGKAT JPM BARU_7.GIF
   
  25 APRIL 2009 ---- Biro Sukan JPM telah mengadakan sesi pemilihan untuk permainan Batu Seremban bagi mewakili pasukan JPM di peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 10 Mei 2009 di PUSPANITAPURI, PUTRAJAYA. 2 orang pemain dari SPA iaitu Puan Salimah bt Hj Minin (PN) dan Puan Intan Azmira bt Abu Bakar (PM) telah dipilih mewakili JPM ke pertandingan tersebut dan berjaya hingga ke peringkat Suku Akhir..Tahniah diucapkan kerana persaingan sangat sengit dan memerlukan daya ketahanan mental yang tinggi...
   
 
 
   
PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT MAKSWIPBARU_7.GIF
   
  4-5 APRIL 2009 --- Pasukan Bola Jaring SPA telah menyertai pertandingan Bola Jaring Peringkat MAKSWIP yang telah diadakan pada 4 dan 5 APRIL 2009 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Pasukan SPA berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Semoga kejayaan ini terus memberi semangat dan cabaran kepada semua Warga SPA yang lain..4 orang pemain telah dipilih untuk Kejohanan MAKSAK Kuala Lumpur yang berlangsung di Seremban pada 24-26 April 2009..Tahniah...
   
 
   
TAHNIAH PASUKAN BOWLING PUSPANITA SPA BARU_7.GIF
   
  Puspanita SPA telah menghantar 2 pasukan dan 1 VIP yang diwakili oleh Y. Bhg Datin Normah binti Ibrahim (Pengerusi Puspanita SPA) dalam pertandingan Bowling Peringkat JPM yang diadakan pada 17 April 2009 bertempat di Arl Powerbowl, Alamanda. Pasukan SPA B berjaya memenangi tempat kedua bagi kategori berpasukan dan Y. Bhg Datin juga telah memenangi tempat kedua bagi kategori VIP. TAHNIAH diucapkan....
   
 
 
Baju PUSPANITA
  PUSPANITA JPM telah mengeluarkan baju bercorak baru. Semua ahli PUSPANITA SPA digalakkan untuk membeli baju berkenaan. Pesanan boleh dibuat melalui wakil bahagian masing-masing atau pun terus kepada Timbalan Setiausaha PUSPANITA SPA (Puan Azrina binti Abdul Rahman)
 

 

 

  • Warna latar belakang: Ungu muda
  • Warna bunga: Pink pekat

Nota: Warna di dalam gambar terdapat sedikit perbezaan. Harap maklum

 
 
       
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari
Google

WWW
www.spa.gov.my
New Page 3

Pautan Puspanita

 Puspanita Kebangsaan
 Jab. Perdana Menteri
 Jab. Perkhidmatan
 Awam
New Page 3

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. "

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
PUSPANITA Cawangan Kecil SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
No. Tel: 603 - 8885 6000 | Faks: 603 - 8888 5041

PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.