Bahagian Pengambilan Khas bertanggungjawab untuk memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim, menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan pelantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan tetap bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pertahanan. Bahagian ini juga menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Sokongan II di pelbagai Kementerian dan Jabatan dengan sempurna dan efisyen dalam masa yang ditetapkan.
FUNGSI
Menguruskan penyiaran iklan bagi jawatan dalam Perkhidmatan Awam dan Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Memproses dan mendaftarakan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim.
Menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan perlantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan tetap bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Sokongan II di pelbagai Kementerian dan Jabatan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji:-
Pemohon boleh mengetahui status pendaftaran Borang SPA 8i dalam tempoh tiga ( 3 ) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Kementerian Kesihatan Malaysia akan dibekalkan calon-calon yang berkualiti dan bersesuaian untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan selewat lewatnya lima ( 5 ) minggu sebelum latihan bermula.
Pelatih-pelatih separa perubatan yang telah tamat latihan akan dihantar ke jawatan tetap dalam tempoh lima ( 5 ) minggu selepas menerima keputusan peperiksaan akhir dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
AKTIVITI UTAMA BAHAGIAN
Unit Proses/Tawaran
Urusan surat menyurat berkaitan dengan Latihan Separa Perubatan daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan.
Penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (tapisan) bagi mengikuti latihan/lantikan.
Penyediaan kuota calon mengikut Lembaga Temu Duga.
Penyediaan surat keputusan temu duga dan surat tawaran lantikan.
Unit Temu Duga
Membuat tempahan bilik temu duga.
Menyediakan jadual dan pakej temu duga.
Menyediakan surat panggilan temu duga.
Menguruskan pelantikan wakil Jabatan.
Membantu Ahli Suruhanjaya di Pusat temu duga (Kuala Lumpur) pada masa kini.
Unit Pendaftaran SMSM
Penyediaan dan penyiaran iklan.
Penghantaran surat akuan terima kepada pemohon.
Pengemaskinian maklumat calon dalam Bank Data Berkomputer.
Menjawab pertanyaan calon mengenai status permohonan.
Tatacara Urusan Pengambilan SMSM
Sistem Mengambil Sepanjang Masa ( SMSM ) merupakan sistem pendaftaran permohonan calon secara berterusan dan maklumat calon yang lengkap akan direkodkan di dalam Bank Data Berkomputer. Di bawah sistem ini calon boleh mengemukakan borang permohonan pada bila-bila masa kerana SMSM tidak mensyaratkan tarikh tutup permohonan. Cara memohon:
a)
Dapatkan risalah-risalah permohonan pendaftaran untuk perkhidmatan awam Malaysia di tempat-tempat berikut :-
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Lobi Aras 1, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 Putrajaya Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urus Setia Cawangan Sabah Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Jalan UMS/Sulaman, Likas, 88450 Kota Kinabalu Sabah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urusetia Cawangan Sabah Tingkat 10, Bgn Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga Kuching Sarawak
Semua Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di Semenanjung. Semua Jabatan Tenaga Rakyat Negeri/Daerah.
b)
Isi borang SPA 8i
c)
Bagi setiap permohonan calon yang telah didaftarkan di dalam Bank Data Berkomputer, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan menghantar surat akuan terima. Calon-calon boleh juga mengetahui pendaftaran masing-masing melalui Tele-SPA (600-83-7979) yang memberi perkhidmatan tele-maklumat berhubung dengan kerjaya anda seperti berikut:
-
Status permohonan.
-
Tarikh dan tempat temu duga.
-
Keputusan temu duga.
-
Penempatan kerja.
d)
Tempoh sah laku adalah satu tahun mulai tarikh pendaftaran. Apabila tamat sah laku permohonan, calon adalah dikehendaki mengemukakan permohonan baru sekiranya masih berminat untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Disamping itu, urusan pengemaskinian pertukaran alamat dan pusat temu duga boleh dibuat dengan memaklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui surat dengan menulis nama dan no Kad Pengenalan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
Penafian:
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab
atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat
yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan
IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.