Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi SPA
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036         Maklumat berkaitan bantuan W3C Disability Access

Pengenalan SPA  |  Perkhidmatan Utama  |  Piagam Pelanggan  |  Panduan  |  Web Mail  |  Direktori  |  Hotline SPA  |  Peta Laman Bahasa
Inggeris
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Pengenalan SPA
 Profil
  Perutusan Setiausaha
  Sejarah Penubuhan 
  Fungsi 
  Visi dan Misi
  Piagam Pelanggan
  Undang-Undang
  Ahli Suruhanjaya
 Organisasi
 Arkib
 Foto
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Bahagian Sumber
Manusia
Kementerian/
Jabatan
 Pengenalan
 ePGSPA
 Borang Daftar
 Pengguna
 ePGSPA
 Login ePGSPA
 Senarai Pengkhususan
 (Bidang)
 Senarai Kementerian/
 Jabatan Yang
 Menggunakan ePGSPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Khidmat Pelanggan
 Soalan Lazim (FAQ)
  Soalan Pengambilan 
   [Versi Bahasa Inggeris] 
   [Versi Bahasa Cina] 
   [Versi Bahasa Tamil] 
  Soalan Pengambilan Khas 
   [Versi Bahasa Cina] 
   [Versi Bahasa Tamil] 
 Muat Turun Borang
 Koleksi Ucapan
 e-Pertanyaan
 Hotline SPA
 Emel/Telefon (Direktori)
 Alamat Pejabat SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pelbagai
 Koleksi Video
 Koleksi Audio
 Galeri Q
 Laporan Tahunan SPA
 Keratan Akhbar
SMS dan Tele SPA
Semak Melalui SMS 39111
Semak Melalui TeleSPA 600-83-7979
Portal Rasmi SPA > Pengenalan SPA > Profil > Pekeliling SPA > Pengesahan Kenaikan

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
 
SURAT PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BILANGAN 1 TAHUN 2002 
GARIS PANDUAN PENETAPAN TARIKH PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN ANGGOTA KENAIKAN
PANGKAT SECARA LANTIKAN DAN LANTIKAN ANGGOTA SEDANG BERKHIDMAT

 

Bil. Fail: SPA.S(K)004/(37)
Tarikh: Januari 2002 Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian
Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan
Y.B. Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri
Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan.

1. TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan memaklumkan Kementerian/Jabatan dan pegawai-pegawai yang melaksanakan fungsi pengesahan dalam perkhidmatan di bawah Perwakilan Kuasa Suruhanjaya akan peraturan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia berhubung penetapan tarikh pengesahan dalam perkhidmatan bagi anggota Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) dan lantikan anggota sedang berkhidmat.

 

2. LATAR BELAKANG

2.1 Di bawah peraturan yang sedia ada, penetapan tarikh pengesahan dalam perkhidmatan (PDP) anggota Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri-negeri di bawah bidangkuasa Suruhanjaya yang dilantik menerusi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) dan lantikan anggota sedang berkhidmat telah dilaksanakan seperti berikut:

(i) Anggota-anggota dalam perkhidmatan awam yang dilantik secara KPSL tidak disyaratkan tempoh percubaan. Bagaimanapun, mereka hanya boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah berkhidmat genap satu (1) tahun dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Penetapan tarikh PDP yang digunapakai oleh Suruhanjaya adalah sehari selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan atau sehari selepas menghadiri dengan jayanya Kursus Induksi mengikut mana yang terkemudian dengan syarat mendapat sokongan perakuan Ketua Jabatan;

(ii) Anggota sedang berkhidmat yang telah disahkan dalam perkhidmatan yang dilantik ke jawatan baru disyaratkan tempoh percubaan selama satu (1) hingga tiga (3) tahun. Mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh disahkan dalam perkhidmatan selepas satu tahun perkhidmatan. Penetapan tarikh PDP mereka adalah sehari selepas genap satu (1) tahun atau sehari selepas lulus peperiksaan dan atau sehari selepas menghadiri dengan jayanya Kursus Induksi mengikut mana yang terkemudian.

 

2.2 Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berpendapat bahawa dasar penetapan tarikh PDP anggota KPSL dan lantikan anggota sedang berkhidmat itu perlu diperkemaskan supaya merangkumi prinsip-prinsip PDP seperti berikut:

(i) Seseorang anggota akan layak disahkan dalam perkhidmatannya setelah menjalani dengan jayanya tempoh percubaan asal atau yang dilanjutkan dan telah lulus semua peperiksaan yang disyaratkan serta mendapat sokongan Ketua Jabatannya seperti Peraturan di bawah Perintah Am 35, Perintah-perintah Am Bab ‘A’ Tahun 1973;

(ii) Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memberikan perakuan PDP bagi seseorang anggota di bawah jagaannya apabila didapati layak diperakukan seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Am 36, Perintah-Perintah Am Bab ‘A’ Tahun 1973. Perakuan sedemikian hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya tiga (3) bulan sebelum tamatnya tempoh percubaan pegawai;

(iii) Anggota lantikan KPSL layak disahkan dalam perkhidmatan selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan manakala anggota lantikan pegawai sedang berkhidmat layak pula disahkan dalam perkhidmatan selepas genap satu (1) tahun tempoh percubaan. Tarikh PDP anggota KPSL dan pegawai sedang berkhidmat itu adalah pada tarikh sehari selepas genap satu tahun perkhidmatan/tempoh percubaan atau sehari selepas menghadiri dengan jayanya Kursus Induksi/tarikh lulus peperiksaan mengikut mana yang terkemudian;

(iv) Bagi anggota yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan atau tanpa berdenda (lantikan pegawai sedang berkhidmat) kerana tidak lulus peperiksaan atau gagal mendapat sokongan perakuan Ketua Jabatan, tarikh PDP mereka mengikut Perintah Am 37, Perintah-perintah Am Bab ‘A’ Tahun 1973 ialah pada tarikh hari pertama lulus peperiksaan atau dari tarikh mereka berjaya mendapat sokongan perakuan pengesahan dari Ketua Jabatannya mengikut mana yang berkenaan.

 

2.3 Suruhanjaya juga mendapati ada perakuan PDP yang tidak dikemukakan sebaik sahaja seseorang anggota genap satu tahun perkhidmatan/tempoh percubaan atau telah lulus peperiksaan yang disyaratkan/hadir dengan jayanya Kursus Induksi. Kelewatan mengemukakan sokongan perakuan PDP boleh disebabkan Ketua Jabatan berpendapat anggota berkenaan masih belum sesuai diperakukan. Walau bagaimanapun, tarikh PDP bagi anggota ini mengikut amalan sekarang,
adalah masih pada tarikh sehari selepas satu (1) tahun perkhidmatan/tempoh percubaan atau sehari selepas hadir dengan jayanya Kursus Induksi dan atau lulus peperiksaan mengikut mana yang terkemudian.

2.4 Suruhanjaya mendapati amalan ini adalah tidak lagi sesuai digunapakai dalam menetapkan tarikh PDP bagi perakuan-perakuan yang lewat dikemukakan kerana ia tidak mengambilkira peranan Ketua Jabatan mempertimbangkan untuk memberi sokongan perakuan PDP seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Am 35, 36 dan 37, Perintah-perintah Am Bab ‘A’ Tahun 1973. Amalan berkenaan tidak bertepatan dengan prinsip pengesahan dalam perkhidmatan yang berdasarkan tarikh mendapat sokongan Ketua Jabatan sebagai tarikh PDP. Dengan yang demikian, Suruhanjaya telah membuat ketetapan untuk membahagikan tarikh PDP anggota berdasarkan tarikh bila mana Ketua Jabatan membuat perakuan PDP seperti berikut:

(i) Perakuan Ketua Jabatan bertarikh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh anggota layak;

(ii) Perakuan Ketua Jabatan bertarikh selepas enam (6) bulan dari tarikh anggota layak tetapi tidak melebihi tiga (3) tahun;

(iii) Perakuan Ketua Jabatan melepasi tiga (3) tahun dari tarikh anggota layak.

 

3. AMALAN PENETAPAN TARIKH PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN SELEPAS PINDAAN

3.1 Dengan mengambilkira peranan Ketua Jabatan serta kepentingan anggota, Suruhanjaya telah menetapkan dasar berkaitan penetapan tarikh PDP seseorang anggota yang dilantik menerusi KPSL dan lantikan anggota sedang berkhidmat adalah pada tarikh-tarikh seperti berikut:

(i) Sehari selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan atau sehari selepas menghadiri dengan jayanya Kursus Induksi mengikut mana yang terkemudian serta mendapat perakuan Ketua Jabatan bagi anggota KPSL tertakluk perakuan diterima tidak lewat dari enam (6) bulan selepas tarikh genap satu (1) tahun perkhidmatan/menghadiri dengan jayanya Kursus Induksi;

(ii) Sehari selepas genap satu (1) tahun tempoh percubaan atau sehari selepas menghadiri dengan jayanya Kursus Induksi/tarikh lulus peperiksaan mengikut yang mana terkemudian serta mendapat perakuan Ketua Jabatan bagi lantikan anggota sedang berkhidmat tertakluk perakuan diterima tidak lewat dari enam (6) bulan selepas tarikh satu (1) tahun tempoh percubaan/lulus peperiksaan/Kursus Induksi;

(iii) Pada tarikh perakuan Ketua Jabatan bagi perakuan yang diterima selepas enam (6) bulan dari tarikh genap satu (1) tahun tempoh percubaan/tempoh perkhidmatan atau tarikh lulus peperiksaan/sehari selepas hadir dengan jayanya Kursus Induksi mengikut mana yang terkemudian. Walau bagaimanapun, bagi perakuan-perakuan yang diterima selepas tiga (3) tahun dari tarikh lantikan, melainkan anggota-anggota yang dilanjutkan tempoh percubaan, ialah pada tarikh genap tiga (3) tahun tempoh perkhidmatan/tempoh percubaan;

(iv) Dari tarikh hari pertama peperiksaan yang dilulusinya atau tarikh ia berjaya mendapat sokongan perakuan Ketua Jabatannya bagi anggota yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan atau tanpa berdenda kerana tidak lulus peperiksaan atau tiada mendapat sokongan PDP dari Ketua Jabatannya mengikut mana yang berkenaan selaras dengan Perintah Am 37 Perintah-perintah Am Bab ‘A’ Tahun 1973. Peraturan ini juga terpakai bagi anggota lantikan KPSL yang ditangguhkan PDP atas sebab-sebab Kursus Induksi/sokongan perakuan Ketua Jabatan.

3.2 Penjelasan lanjut cara melaksanakan penetapan tarikh PDP ini adalah seperti contoh di LAMPIRAN ‘A’.

 

4. PELAKSANAAN AMALAN BARU PDP DI BAWAH SURATCARA PEWAKILAN KUASA

4.1 Dengan peraturan baru ini maka Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan segera perakuan PDP anggota KPSL dan lantikan anggota sedang berkhidmat di bawah jagaan mereka sebaik sahaja anggota  telah memenuhi syarat-syarat  PDP  agar tidak menjejaskan kepentingan anggota yang terlibat  melainkan  Ketua Jabatan berpendapat bahawa anggota tersebut belum lagi sesuai untuk diperakukan.

4.2 Sebagai tujuan penyeragaman urusan PDP anggota  KPSL dan lantikan anggota sedang berkhidmat di peringkat Suruhanjaya dan di peringkat Kementerian/Jabatan di bawah Perwakilan Kuasa,  pegawai-pegawai  yang diwakilkan kuasa  hendaklah melaksanakan penetapan tarikh PDP seperti dasar yang  telah  ditetapkan  oleh  Suruhanjaya  di perenggan  3.1(i)  hingga 3.1(iv) di atas. 

5. KUATKUASA DAN PEMAKAIAN

Surat Pekeliling ini dikuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan.  Oleh itu peruntukannya  terpakai untuk urusan PDP  yang dilaksanakan oleh pegawai yang diwakilkan kuasa di bawah Suratcara Perwakilan Kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk empat (4) buah Negeri iaitu  Negeri  Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan.  Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa melantik masing-masing, pemakaian Surat Pekeliling ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun ( Persekutuan dan Negeri ) dan pihak berkuasa tempatan.
 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 


( DATO’ HAJI IBRAHIM BIN HAJI MOHD. SHARIFF )
Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia

s.k:

Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan

Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari

www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Anugerah
Pekeliling SPA
Dasar-Dasar Utama/Pekeliling SPA

Menu Pautan
Pautan
 Portal Rasmi Perdana Menteri Malaysia
 Portal Rasmi Ketua Setiausaha Negara Malaysia
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
 Portal Rasmi eKL
 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
 Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
 Institut Tadbiran Awam Negara, Malaysia
 Biro Pengaduan Awam Malaysia
 Bahagian Pengurusan Hartanah Malaysia
 Institut Integriti Malaysia
 eMaklum
 Puspanita SPA
 Intranet SPA
 Planner SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
 
Dasar Privasi    Dasar Keselamatan    Webmaster     Jawatankuasa Portal

Penafian: Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta Terpelihara© 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.