SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP DAN JURUTEKNIK LANDSKAP
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan kerajaan mewujudkan dua (2) skim perkhidmatan baru iaitu skim perkhidmatan Pembantu Teknik Landskap Gred J29, J36, J38 dan skim perkhidmatan Juruteknik Landskap Gred J17, J22, J26.
LATAR BELAKANG
2. Pada masa ini bidang seni bina taman/landkap hanya memperuntuk satu skim perkhidamtan sahaja iaitu skim perkhidmatan Arkitek Landskap di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Pegawai dalam skim perkhidmatan tersebut bertanggungjawab terhadap pelaksanaan reka bentuk, kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengawasan projek, mereka bentuk pelan pembangunan, tamana awam, landskap serta memberi input kepada rancangan pelan pembangunan struktur, kertas-kertas mengenai garis panduan dan perancangan serta projek-projek yang dilaksanakan oleh jabatan.
3. Pewujudan skim-skim perkhidmatan Pembantu Teknik Landskap dan Juruteknik Landskap akan memantapkan lagi bidang seni bina taman/landskap di negara ini.
SKIM PERKHIDMATAN BARU
4. Skim perkhidmatan Pembantu Teknik Landskap diletakkan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Kejuruteraan (J) dengan gred gaji J29, J36, J38. Syarat lantikan ke skim perkhidmatan ini ialah diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Skim perkhidmatan Pembantu Teknik Landskap Gred J29, J36, J38 adalah seperti di Lampiran A. Contoh iklan jawatan adalah seperti di Lampiran B dan penghuraian skop tugas adalah seperti di Lampiran C, C1, dan C2.
5. Skim perkhidmatan Juruteknik Landskap diletakkan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Kejuruteraan (J) dengan gred gaji J17, J22, J26. Syarat lantikan ke skim perkhidmatan ini ialah Sijil Institut Pertanian (SIP) yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau sijil dalam bidang seni bina, perancang bandar dan wilayah, atau kejuruteraan awam (seni bina) daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Skim perkhidmatan Juruteknik Landskap Gred J17, J22, J26 adalah seperti di Lampiran E. Contoh iklan jawatan adalah seperti di Lampiran B dan penghuraian skop tugas adalah seperti di Lampiran F, F1, dan F2.
6. Ketua perkhidmatan bagi skim-skim perkhidmatan Pembantu Teknik Landskap dan Juruteknik Landskap di Perkhidmatan Persekutuan adalah Ketua Pengarah, Jabatan Landskap Negara (JLN).
7. Berikutan pewujudan kedua-dua skim perkhidmatan ini, skim perkhidmatan Arkitek Landskap dipinda sewajarnya dengan memperuntuk peluan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) kepada pegawai sedang berkhidmat. Pegawai dalam skim perkhidmatan Pembantu Teknik Landskap diberi faedah untuk meningkat secara KPSL ke jawatan Arkitek Landskap Gred J41 tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Skim perkhidmatan Arkitek Landskap yang baru adalah seperti di Lampiran G.
PELAKSANAAN
8. Semua pegawai dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29, J36, J38 atau Pembantu Teknik Gred J29, J36, J38 yang dilantik secara tetap dan menjalankan tugas-tugas dalam bidang seni bina taman/landskap sepenuh masa adalah layak ditukar lantik ke skim perkhidmatan Pembantu Teknik Landskap Gred J29, J36, J38 mengikut gred ke gred seperti berikut:
(a) pegawai yang berada di Gred J29 akan ditukar lantik ke Gred J29; (b) pegawai yang berada di Gred J36 akan ditukar lantik ke Gred J36; dan (c) pegawai yang berada di Gred J38 akan ditukar lantik ke Gred J38.
9. Semua pegawai dalam skim perkhidmatan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17, J22, J26 atau Juruteknik J17, J22, J26 yang dilantik secara tetap dan menjalankan tugas-tugas dalam bidang sen bina taman/landskap sepenuh masa adalah layak ditukar lantik ke skim perkhidmatan Juruteknik Landskap Gred J17, J22, J26 mengikut gred ke gred seperti berikut:
(a) pegawai yang berada di Gred J17 akan ditukar lantik ke Gred J17; (b) pegawai yang berada di Gred J22 akan ditukar lantik ke Gred J22; dan (c) pegawai yang berada di Gred J26 akan ditukar lantik ke Gred J26.
PEMBERIAN OPSYEN
10. Dengan berkuatkuasanya skim perkhidamtan Pembantu Teknik Landskap Gred J29, J36, J38 dan skim perkhidmatan Juruteknik Landskap Gred J17, J22, J26, Pihak Berkuasa Melantik melalui ketua perkhidmatan akan menawarkan opsyen kepada pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Gred J29, J36, J38 atau Pembantu Teknik Gred J29, J36, J38 serta skim perkhidmatan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17, J22, J26 atau Juruteknik Gred J17, J22, J26 yang menjalankan tugas-tugas dalam bidang landskap sepenuh masa bagi membolehkan pegawai membuat pilihan. Pegawai yang bersetuju menerima opsyen akan ditukar lantik ke skim-skim perkhidmatan Pembantu Teknik Landskap Gred J29, J36, J38 dan Juruteknik Landskap Gred J17, J22, J26. Pilihan yang dibuat adalah muktamad.
11. Pegawai yang terlibat diberik tempoh 30 hari mulai tarikh surat opsyen diedarkan untuk membuat pilihan sama ada menerima atau menolak tawaran ini. Pegawai yang menolak opsyen atau tidak membuat sebarang opsyen atau gagal mengembalikan borang opsyen dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah atau membuat opsyen dengan bersyarat dianggap sebagai tidak bersetuju untuk ditukar lantik ke skim perkhidmatan baru ini. Mereka akan dikekalkan dalam gred dan skim perkhidmatan asal dan akan menjalankan tugas-tugas yang telah diteapkan bagi skim perkhidmatan tersebut.
12. Tawaran opsyen ini hanya diberi kepada pegawai yang bertaraf tetap, termasuk mereka yang masih dalam tempoh percubaan serta berada dalam Sistem Saraan Malaysia.
13. Tawaran opsyen ini juga hendaklah diberi kepada mereka yang berada dalam keadaan berikut:
(a)
dipinjamkan atau ditukar sementara;
(b)
sedang bercuti;
(c)
tidak hadir bertugas semasa opsyen dikeluarkan dan berkuat kuasa;
(d)
sedang dalam proses tindakan tatatertib; dan
(e)
sedang menjalani hukuman tatatertib selain daripada hukuman buang kerja.
14. Pegawai yang sedang dalam proses tindakan tatatertib, jika sabit kesalahannya dan dijatuhi hukuman buang kerja dalam tempoh opsyen, maka tawaran opsyent ersebut dengan sendirinya terbatal.
15. Sekiranya surat tawaran opsyen tidak dapat disampaikan dalam tempoh opsyen asal, termasuk kepada mereka yang berada dalam keadaan seperti di perenggan 13, Pihak Berkuasa Melantik boleh menawarkan surat tawaran opsyen dengan memberi tempoh yang sama (30 hari) untuk membolehkan pegawai membuat pilihan, walaupun tempoh opsyen asal telah tamat.
16. Bagi maksud pemberian opsyen, contoh surat tawaran, syarat-syarat pertukaran pelantikan dan borang opsyen ke skim perkhidmatan Pembantu Teknik Landskap Gred J29, J36, J38 adalah seperti di Lampiran H, H1, dan H2 manakala ke skim perkhidmatan Juruteknik Landskap Gred J17, J22, J26 adalah seperti di Lampiran I, I1 dan I2.
17. Tawaran opsyen ini tidak melibatkan pegawai lantikan sementara/kontrak/sambilan.
KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN
18. Kaedah penetapan gaji permulaan pegawai yang terlibat dalam skim-skim perkhidmatan Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Desa atau Pembantu Teknik serta Juruteknik Perancangan Bandar dan Desa atau Juruteknik yang menjalankan tugas-tuas dalam biadng seni bina taman/landskap sepenuh masa ke skim-skim perkhidmatan Pembantu Teknik Landskap dan Juruteknik Landksap adalah seperti berikut:
(a)
Pembantu Teknik Landskap
i.
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29 atau Pembantu Teknik Gred J29 yang belum disahkan dalam perkhidmatan hendaklah ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji jawatan asal di Peringkat 1 (P1) di Gred J29 yang baru;
ii.
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29 atau Pembantu Teknik Gred J29 yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir di jawatan asal mengikut Peringkat (P) gaji masing-masing di Gred J29 yang baru, yang jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa jawatan asal. Jika matagaji mengikut Peringkat (P) jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran di Peringkat (P) berikutnya;
iii.
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J36 atau Pembantu Teknik Gred J36 hendaklah ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir di jawatan asal mengikut Peringkat (P) gaji masing-masing di Gred J36 yang baru, yang jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa jawatan asal. Jika matagaji mengikut Peringkat (P) jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran di Peringkat (P) berikutnya; dan
iv.
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J38 atau Pembantu Teknik Gred J38 hendaklah ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir di jawatan asal mengikut Peringkat (P) gaji masing-masing di Gred J38 yang baru, yang jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa jawatan asal. Jika matagaji mengikut Peringkat (P) jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran di Peringkat (P) berikutnya.
(b)
Juruteknik Landskap
i.
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17 atau Juruteknik Gred J17 yang belum disahkan dalam perkhidmatan hendaklah ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir jawatan asal di Peringkat 1 (P1) di Gred J17 yang baru;
ii.
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17 atau Juruteknik Gred J17 yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir di jawatan asal mengikut Peringkat (P) gaji masing-masing di Gred J17 yang baru, yang jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa jawatan asal. Jika matagaji mengikut Peringkat (P) jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran di Peringkat (P) berikutnya;
iii.
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J22 atau Juruteknik Gred J22 hendaklah ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir di jawatan asal mengikut Peringkat (P) gaji masing-masing di Gred J22 yang baru, yang jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa jawatan asal. Jika matagaji mengikut Peringkat (P) jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran di Peringkat (P) berikutnya; dan
iv.
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J26 atau Juruteknik Gred J26 hendaklah ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir di jawatan asal mengikut Peringkat (P) gaji masing-masing di Gred J26 yang baru, yang jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa jawatan asal. Jika matagaji mengikut Peringkat (P) jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan di matagaji tertinggi berhampiran di Peringkat (P) berikutnya.
19. Jika matagaji di jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut kaedah di perenggan 18, maka jadual gaji Khas Untuk Penyandang hendaklah dipohon daripada Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam.
20. Jadual Gaji Matriks bagi skim perkhidmatan Pembantu Teknik Landskap Gred J29, J36, J38 adalah seperti di Lampiran J, J1 dan J2, manakala Jadual Gaji Matriks bagi skim perkhidmatan Juruteknik Landskap Gred J17, J22, J26 adalah seperti di Lampiran J3, J4 dan J5. Contoh-contoh kaedah pelarasan gaji adalah seperti di Lampiran K, K1, K2, K3 dan K4.
PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
21. Pergerakan gaji tahunan jawatan asal yang sepatutnya diterima oleh pegawai pada 1 Julai 2005 atau 1 Oktober 2005 hendaklah diberi di jawatan asal pada 1 Julai 2005 sebelum diselaraskan ke jawatan baru.
TARIKH PERGERAKAN GAJI
22. Tarikh pergerakan gaji (TPG) asal bagi pegawai yang terlibat dalam urusan ini hendaklah diubah kepada satu TPG baru pada tahun berikutnya selepas pertukaran pelantikan ini. PTG baru ialah mulai 1 Julai tahun berikutnya.
KAEDAH PELAKSANAAN OPSYEN
23. Bagi melaksanakan opsyen ini, Pihak Berkuasa Melantik, ketua jabatan dan pegawai yang terlibat hendaklah mematuhi kaedah yang ditetapkan seperti berikut:
(a)
Pihak Berkuasa Melantik
i.
Menawarkan opsyen pertukaran pelantikan kepada pegawai yang terlibat.
(b)
Ketua Jabatan
i.
menyampaikan opsyen kepada pegawai yang terlibat. Penjelasan yang terperinci mengenai opsyen ini kepada pegawai yang terlibat dan implikasi keputusan yang dibuat hendaklah diberi;
ii.
mengemaskini Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti pegawai yang terlibat selaras dengan perubahan-perubahan berkaitan; dan
iii.
melaksanakan pekeliling pekhidmatan ini dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh ianya dikeluarkan dan melaporkan kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai status pelaksanaan pekeliling perkhidmatan ini.
(c)
Pegawai Yang Ditawarkan Opsyen
i.
membaca dengan teliti dan faham mengenia opsyen sebelum membuat keputusan. Jika terdapat sebarang keraguan, pegawai hendaklah merujuk kepada ketua jabatan untuk mendapat penjelasan selanjutnya. Opsyen yang dibuat adalah muktamad;
ii.
melengkapkan dua (2) salinan borang opsyen iaitu satu (1) salinan untuk disimpan oleh ketua jabatan manakal satu (1) salinan lagi untuk pegawai berkenaan; dan
iii.
mengembalikan borang opsyen dalam tempoh 30 hari mulai tarikh surat tawaran.
TARIKH KUAT KUASA
24. Tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan Pembantu Teknik Landskap gred J29, J36, J38 dan Juruteknik Landskap Gred J17, J22, J26 ialau mulai 1 Julai 2005.
PEMAKAIAN
25. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO' ISMAIL ADAM Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA PUTRAJAYA.
22 September 2005:
Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
Penafian:
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab
atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat
yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan
IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.