PANDUAN PERMOHONAN JAWATAN MELALUI BORANG
ONLINE SPA8i
Peringatan
1.
Pemohon yang mengisi
Borang Online SPA 8i hanyalah mereka yang benar-benar ingin mengisi
kekosongan jawatan-jawatan Awam di Malaysia.
2.
Pastikan maklumat
yang benar sahaja diisi dalam Borang Online SPA 8i. Pemohon yang mengemukakan
maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil
tindakan Undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya-suruhanjaya
Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989).
Keterangan
Am
1.
Pemohon boleh
memohon sehingga lima (5) jawatan/latihan dengan menggunakan satu borang
sahaja. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan serta melepasi tapisan
yang ditetapkan akan dipanggil temu duga apabila ada kekosongan.
2.
Permohonan yang
lengkap akan diproses dan didaftarkan dalam Bank Data Berkomputer SPA.
SPA akan mengeluarkan Surat Akuan Pendaftaran kepada calon setelah
permohonan didaftarkan. Pemohon
yang memohon melalui portal SPA juga boleh menyemak di status permohonan di portal SPA setelah 3 hari bekerja
dengan menaipkan no Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan.
3.
TEMPOH SAH LAKU
permohonan adalah selama satu (1) tahun dari tarikh permohonan didaftarkan
oleh SPA. Selepas tamat tempoh sah laku, sekiranya masih berminat berdaftar
dengan SPA, calon-calon hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan
mengisi Borang Online SPA8i melalui portal SPA.
4.
Calon-calon yang
ingin meminda alamat surat-menyurat dan/atau pusat temu duga/pusat ujian
khas yang dipilih boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat
kepada SPA atau melalui email. Surat tersebut hendaklah menyatakan nama,
no. kad pengenalan dan tujuannya. Calon-calon yang ingin meminda maklumat
lain hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mengisi Borang Online
SPA 8i.
5.
Pemohon dinasihatkan
untuk menghantar sekali sahaja permohonan kepada SPA melalui Borang
Online SPA 8i dalam jangka masa setahun. Perbuatan mengulangi penghantaran
permohonan akan menyebabkan maklumat anda (termasuk jawatan yang dipohon)
sentiasa diperbaharui, manakala perbuatan mengulangi permohonan berulang-ulang
kali berturut-turut boleh memungkinkan anda tidak akan dipanggil temu
duga dalam jangka waktu yang lama.
Muka surat borang
akan terpapar. Sila isikan Nombor Kad Pengenalan anda iaitu kedua-dua
nombor kad pengenalan baru dan lama. Bagi calon-calon yang tidak mempunyai
salah satu kad pengenalan tersebut, mereka wajib mengisi salah satu
daripada mana-mana kad pengenalan yang mereka ada.
3.
Anda wajib memilih
jawatan-jawatan yang layak dipohon pada ruangan Jawatan 1. Anda
dibolehkan untuk memenuhi ruangan Jawatan 2 hingga 5 dan jawatan
yang anda pilih hendaklah tidak berulang.
4.
Ruangan pusat
temu duga/ujian dipilih, nama pemohon, tarikh lahir, negeri tempat lahir,
jantina, taraf perkahwinan, keturunan, agama, kewarganegaraan, tempat
lahir ibu, tempat lahir bapa dan alamat surat-menyurat adalah
wajib dipenuhi oleh setiap pemohon.
5.
Bagi calon yang
istimewa, anda dikehendaki mengisi ruang kecacatan.
6.
Keputusan
bahasa Melayu Tingkatan 5 wajib diisi oleh calon kelayakan ijazah,
diploma, SRP dan Bakat. Manakala calon kelayakan SPM diwajibkan mengisi
kesemua butir-butir Keputusan Tingkatan 5 (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM).
7.
Kesemua ruangan
Kelulusan Pengajian Tinggi (Ijazah/Diploma/Sijil yang telah diperolehi)
diwajibkan untuk diisi oleh calon-calon yang telah memperolehi
Ijazah tersebut. Calon yang belajar di institusi dalam negara mengisi
di ruangan Universiti tempatan dan calon bekas pelajar di institusi
luar negara adalah sebaliknya. Sekiranya calon tidak dapat mengenalpasti
tarikh lulus pengajian anda, sila isikan tarikh konvokesyen anda.
8.
Sekiranya hanya
satu Ijazah yang telah diperolehi, anda dikehendaki hanya mengisi satu
sahaja ruang sahaja. Begitulah seterusnya. Anda tidak dibenarkan mengulangi
maklumat kerana ini akan memungkinkan proses permohonan anda terjejas.
9.
Bagi calon-calon
memilih butang Diploma/STP/STPM/HSC pada permulaan pemilihan borang,
anda hendaklah mengisi ruang Keputusan Peperiksaan Tingkatan 6
bagi mereka yang telah menduduki peperiksaan tersebut. Manakala calon-calon
berkelulusan Diploma hendaklah mengisi pada ruang Kelulusan Pengajian
Tinggi.
10.
Calon-calon dikehendaki
mengisi ruangan-ruangan lain sekiranya berkenaan.
11.
Pastikan ruangan-ruangan
yang diisi adalah tepat dan betul. Segala maklumat yang dihantar adalah
di bawah tanggungjawab anda sendiri.
12.
Sekiranya anda
telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada
butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang
HANTAR akan menyebabkan borang anda tidak akan diproses.
13.
Paparan ucapan
'Permohonan anda telah didaftarkan' akan terpapar jika maklumat anda
tiada kesilapan.
14.
Sekiranya anda
menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan
ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.
Sebarang pertanyaaan/komen
mengenai permohonan jawatan melalui Borang Online SPA 8i sila email
: ePertanyaan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
Penafian:
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab
atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat
yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan
IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.