Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi SPA
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036         Maklumat berkaitan bantuan W3C Disability Access

Pengenalan SPA  |  Perkhidmatan Utama  |  Piagam Pelanggan  |  Panduan  |  Web Mail  |  Emel/Telefon  |  Hotline SPA  |  Galeri Bahasa
Inggeris
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Panduan
 KPSL
 SMSM
 Peperiksaan
  Sukatan Peperiksaan
  Jadual Peperiksaan
    Tahun 2010
 Temu Duga
 Tatatertib
 Kelayakan STPM
 Separa Perubatan
 Call Letter
 Mohon Online
Portal Rasmi SPA > Panduan > Peperiksaan > Sukatan Peperiksaan > Pereka B41

Panduan Memohon Online

PEREKA GRED B41

ARAHAN KEPADA CALON
 
1. Pada hari peperiksaan anda perlu membawa perkara berikut:
   
i. Surat Panggilan menduduki peperiksaan;
  ii. Kad Pengenalan;
  iii. Arahan dan Panduan Kepada Calon;
  iv. Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan lain-lain alat tulis yang difikirkan perlu;
  v. Cat poster atau air (cat yang boleh dicampur dengan air dan cepat kering). Cat minyak dan 'pastel' tidak dibenarkan;
  vi. Berus-berus Lukisan;
  vii. Bekas air dan pembancuh warna;
  viii. Lain-lain peralatan lukisan yang difikirkan perlu.
   
2. Kertas Lukisan disediakan oleh Urus Setia Peperiksaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia. Hanya kertas yang diedarkan oleh Ketua Pengawas sahaja yang sah digunakan.
   
3. Anda mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.
4. Anda mesti berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan bermula.
5. Anda dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
   
6. Anda hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.
7. Pewarna, teknik dan bahantara yang pelbagai boleh digunakan KECUALI cat minyak dan 'pastel'. Pastikan hasil kerja cukup kering sebelum dihantar.
   
PANDUAN UMUM KEPADA CALON
Peperiksaan ini mengandungi dua (2) bahagian iaitu Bahagian I (Bertulis) dan Bahagian II (Lukisan).
   
BAHAGIAN I - BERTULIS
 
Terbahagi kepada dua :
   
Seksyen 'A' - Pengetahuan Am
Seksyen 'B' - Perancangan Seni
   
SEKSYEN 'A' - PENGETAHUAN AM
   
Soalan berbentuk objektif dengan empat (4) pilihan jawapan. Anda dikehendaki menjawab kesemua 50 soalan.
Seksyen ini mengukur pengetahuan dalam bidang-bidang berikut :-
   
i. Dasar-dasar Kerajaan;
ii. Kenegaraan;
iii. Ehwal Semasa;
iv. Sosio Budaya;
v. Ekonomi;
vi. Asas-asas Seni Lukis dan Seni Reka.
   
Soalan : 50 (aneka pilihan)
Masa : 30 Minit
   
SEKSYEN 'B' - PERANCANGAN SENI
   
Enam (6) soalan dikemukakan dan anda perlu menjawab dua (2) soalan dalam bentuk karangan untuk mengukuri kebolehan merancang. Seksyen ini berkaitan dengan urusan kerja Seni Lukis dan Seni Reka. Tajuk-tajuk soalan meliputi bidang-bidang berikut :-
   
i. Pameran
ii. Paparan/billboard
iii. Poster
iv. Animasi/Efek
v. Seni Reka Set
vi. Komputer Grafik (Perkakasan dan Perisian)
   
Soalan: 6 (perlu jawab 2)
Masa : 1 jam 20 Minit
   
BAHAGIAN II - LUKISAN
   
Bahagian ini terbahagi kepada tiga (3) seksyen :-
 
Seksyen 'A' - Lukisan Grafik
Seksyen 'B' - Lukisan Imaginasi
Seksyen 'C' - Lukisan Projek
 
SEKSYEN 'A' - LUKISAN GRAFIK
 
Satu soalan dikemukakan. Sebuah kenyataan dikemukakan dan perlu diinterpretasi ke bentuk poster. Kreativiti diperlukan.
 
Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian.
 
a) Kesesuaian pemilihan tipografi dengan subjek.
b) Elemen-elemen gambaran yang digunakan untuk keberkesanan komunikasi
 
Medium : Bebas kecuali cat minyak dan 'Pastel'
Soalan : 1
Masa : 2 Jam 30 Minit
 
SEKSYEN 'B' - LUKISAN IMAGINASI
 
Satu soalan dikemukakan. Anda dikehendaki melukis sebuah gubahan asli berdasarkan kenyataan atau cerita yang dikemukakan. Kenyataan/cerita melibatkan lukisan manusia yang sedang beraksi.
 
Medium : Cat air atau cat poster.
Cat minyak dan pastal tidak dibenarkan.
Soalan : 1
Masa : 2 Jam 30 Minit
 
SEKSYEN 'C' - LUKISAN PROJEK
 
Anda dikehendaki memilih satu daripada projek-projek berikut:
 
i) Projek 2 - Dimensi
Dikehendaki merekacipta dan merekaletak logo yang sesuai untuk media cetak (misalnya majalah, kepala dan sampul surat, billboard, kenderaan dan lain-lain) dan media elektronik (misalnya video, filem dan sebagainya)
 
ii) Projek 3 - Dimensi
Dikehendaki merekabentuk 'layout' pameran/set TV/filem dan pementasan dalam bentuk 3-dimensi mengikut spesifikasi yang disediakan; ATAU memberi interpretasi pelan kepada rekabentuk 3-dimensi (lukisan perspektif)
 
Catatan :
Soalan lukisan projek, selain daripada yang di atas, disediakan mengikut keperluan/kesesuaian jabatan/agensi berkenaan.
 
Soalan : 2 (jawab 1)
Masa : 2 Jam 30 Minit
 
8. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab.
9. Pastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan dan Seksyen ditulis dengan jelas di sudut kanan muka hadapan kertas lukisan yang digunakan.
10. Anda dinasihatkan bertenang dan menggunakan masa yang diperuntukkan sebaiknya.
 
SELAMAT MAJU JAYA

 
Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari

www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pensijilan MS ISO 9001:2008
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
MyRecruitment
 
Pekeliling SPA
Dasar-Dasar Utama/Pekeliling SPA
 
Menu Pautan
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
 Portal Rasmi Perdana Menteri Malaysia
 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
 MSC Malaysia
 Intranet SPA
Semak Melalui SMS 39111
Semak Melalui TeleSPA 600-83-7979
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
 
Dasar Privasi    Dasar Keselamatan    Webmaster     Jawatankuasa Portal     Peta Laman

Penafian: Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.