Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi SPA
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036         Maklumat berkaitan bantuan W3C Disability Access

Pengenalan SPA  |  Perkhidmatan Utama  |  Piagam Pelanggan  |  Panduan  |  Web Mail  |  Emel/Telefon  |  Hotline SPA  |  Galeri Bahasa
Inggeris
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Khidmat Pelanggan
 Soalan Lazim (FAQ)
 e-Pertanyaan
 Hotline SPA
 Emel/Telefon (Direktori)
Portal Rasmi SPA > Khidmat Pelanggan > Soalan Lazim > Soalan Pendaftaran
SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI URUSAN PENDAFTARAN

SEPARA PERUBATAN

1. Adakah pemohon yang sudah berkahwin boleh memohon jawatan dalam separa perubatan?
Untuk makluman tuan, maklumat yang terkandung dalam iklan dan skim perkhidmatan separa perubatan dan latihan separa perubatan tidak menyatakan bahawa calon yang berkahwin tidak boleh membuat permohonan melalui Borang SPA 8i di Portal SPA. Oleh itu, tuan layak membuat permohonan sekiranya berminat.

2. Mengapa permohonan saya tidak disenaraikan dalam temu duga?
Antara sebab-sebab utama pemohon tidak berjaya dalam urusan panggilan temu duga ialah seperti tidak melepasi asas tapisan dan tidak berjaya dalam peperiksaan khas yang dilaksanakan bagi jawatan berkaitan. Contohnya bagi permohonan jawatan Separa Perubatan pihak Suruhanjaya amat menekankan tapisan subjek Sains dan Matematik demi untuk mendapatkan calon-calon yang benar-benar sesuai serta berkebolehan untuk menjawat jawatan tersebut.

3. Mengapakah saya tidak berjaya dalam temu duga?
Calon yang gagal temu duga kebiasaannya disebabkan prestasi semasa temu duga yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak membawa dokumen dengan lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan lain-lain kriteria yang diambil kira oleh panel menemu duga.

4. Saya seorang pegawai yang sedang berkhidmat sebagai penjawat awam. Adakah saya dibolehkan membuat permohonan melalui Borang SPA 8i secara online melalui laman web?
Boleh - iaitu melalui borang Pegawai Sedang Berkhidmat KPSL. Walau bagaimana pun, anda perlu membawa surat Pengesahan Ketua Jabatan serta Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D) semasa temu duga.

5. Kenapa permohonan saya melalui Borang SPA 8i ditolak?
Permohonan boleh ditolak sekiranya pemohon tidak mengisi dengan lengkap butiran-butiran penting seperti dikehendaki dalam Borang SPA 8i.
 
 
ALAMAT SURAT MENYURAT

1. Bagaimanakah caranya saya ingin meminda alamat surat menyurat dan pusat temu duga?
Pemohon-pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan:

1. Menulis surat kepada

Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
(U/P: Bahagian Pengambilan Khas)
Aras 6 - 10 Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA, atau

2. Menghantar emel pertanyaan

Surat/emel tersebut hendaklah menyatakan Nama, No Kad Pengenalan dan tujuan serta ditandatangani (jika melalui surat).
 
 
SURAT AKUAN PENDAFTARAN

1. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas mendapat Surat Akuan Pendaftaran dari SPA?
Tempoh panggilan temu duga bagi seseorang calon bergantung kepada urusan pengambilan yang dilaporkan kepada SPA oleh pihak Kementerian/Jabatan, melepasi syarat-syarat skim sesuatu perkhidmatan dan tapisan yang ditetapkan.

Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari

www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pensijilan MS ISO 9001:2008
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
MyRecruitment
 
Pekeliling SPA
Dasar-Dasar Utama/Pekeliling SPA
 
Menu Pautan
 Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
 Portal Rasmi Perdana Menteri Malaysia
 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
 MSC Malaysia
 Intranet SPA
Semak Melalui SMS 39111
Semak Melalui TeleSPA 600-83-7979
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
 
Dasar Privasi    Dasar Keselamatan    Webmaster     Jawatankuasa Portal     Peta Laman

Penafian: Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.