Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi SPA
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036         Maklumat berkaitan bantuan W3C Disability Access

Pengenalan SPA  |  Perkhidmatan Utama  |  Piagam Pelanggan  |  Panduan  |  Web Mail  |  Emel/Telefon  |  Hotline SPA  |  Galeri Bahasa
Inggeris
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Khidmat Pelanggan
 Soalan Lazim (FAQ)
 e-Pertanyaan
 Hotline SPA
 Emel/Telefon (Direktori)
Portal Rasmi SPA > Khidmat Pelanggan > Soalan Lazim > Soalan Peperiksaan
SOALAN-SOALAN LAZIM URUSAN PEPERIKSAAN

SUKATAN PEPERIKSAAN

1. Apakah bahan rujukan yang boleh digunakan untuk menghadapi peperiksaan?
Bagi skop pengetahuan am, topik-topik yang diukur adalah terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks khusus untuk dibaca. Tujuan aspek ini diukur adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya dan Malaysia khasnya. Skop peperiksaan lain tidak menguji aspek kognitif calon tetapi kebolehan, kecenderungan dan personaliti.
 
PANDUAN PEPERIKSAAN

1. Bagaimanakah untuk dikecualikan daripada menduduki peperiksaan?
Tidak ada pengecualian menduduki peperiksaan, melainkan calon Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) bagi Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan Gred 41.

2. Bagaimanakah caranya untuk menduduki sesuatu peperiksaan?
Dengan mengisi Borang SPA8i mengikut skim-skim yang mensyaratkan peperiksaan. Calon-calon juga boleh melayari laman web http://www.spa.gov.my.

3. Bilakah sesuatu peperiksaan diadakan?
Ianya bergantung kepada permintaan pengisian kekosongan jawatan daripada kementerian/jabatan atau pada tarikh yang ditetapkan dalam Jadual Peperiksaan Tahunan.

4. Bolehkah Calon bertukar pusat peperiksaan?
Tidak.Calon boleh mengemaskini pusat peperiksaan pada bila-bila masa di laman web SPA apabila berlakunya sebarang perubahan maklumat calon seperti bertukar alamat tempat tinggal.
   
5. Bolehkah Calon Menduduki Peperiksaan selepas daripada tarikh peperiksaan yang telah dijadualkan?
Tidak boleh. Calon hanya dibenarkan menduduki peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

6. Jika gagal menghadiri mana-mana peperiksaan apakah tindakan yang perlu diambil oleh calon?
Peperiksaan kelolaan SPA adalah peperiksaan tertutup dan dijalankan serentak seluruh negara. Bagi calon-calon yang gagal menduduki mana-mana peperiksaan pada tarikh yang ditentukan, SPA tidak menjadualkan semula peperiksaan tersebut. Namun jika ada permohonan dari Kementerian/Jabatan ketika permohonan calon masih sah, calon akan dipanggil untuk peperiksaan yang lain.

7. Bagaimana jika saya tidak menerima surat panggilan menduduki peperiksaan atau lewat menerimanya?
Sila semak laman web SPA untuk menyemak nama calon yang layak menduduki peperiksaan. Pastikan maklumat anda dikemaskini agar tidak ketinggalan dari menduduki mana-mana peperiksaan terutamanya akibat dari pertukaran alamat.

8. Kenapakah walaupun telah lulus Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan Gred 41 tetapi tidak dipanggil temu duga?
Penentuan dipanggil temu duga bagi calon yang lulus Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan Gred 41 adalah bergantung kepada bidang pengkhususan atau Purata Nilai Gred Komulatif (PNGK) terutamanya apabila bilangan kekosongan sedikit tetapi calon yang lulus adalah ramai.
 
TEMPOH SAH LAKU

1. Adakah tarikh peperiksaan boleh diubah?
Tidak boleh, kerana ianya hanya tertakluk kepada sesuatu urusan peperiksaan sahaja.

2. Bilakah keputusan sesuatu peperiksaan itu dikeluarkan?
Ianya akan dikeluarkan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh peperiksaan dijalankan.
   
3. Bagaimanakah keputusan peperiksaan dikeluarkan?
SPA akan mengeluarkan surat keputusan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan (lulus dan Gagal) setelah keputusan diumumkan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh peperiksaan dijalankan. Keputusan boleh dilayari dalam Laman Web SPA.
   
4. Adakah peperiksaan anjuran SPA mempunyai tempoh sahlaku?
SPA mengeluarkan tempoh sahlaku dua (2) tahun untuk jawatan-jawatan yang mensyaratkan Ujian Bakat manakala lima (5) tahun untuk Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan Gred 41.

Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari

www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pensijilan MS ISO 9001:2008
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
MyRecruitment
 
Pekeliling SPA
Dasar-Dasar Utama/Pekeliling SPA
 
Menu Pautan
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
 Portal Rasmi Perdana Menteri Malaysia
 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
 MSC Malaysia
 Intranet SPA
Semak Melalui SMS 39111
Semak Melalui TeleSPA 600-83-7979
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
 
Dasar Privasi    Dasar Keselamatan    Webmaster     Jawatankuasa Portal     Peta Laman

Penafian: Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.