Jarang sekali kita
bertemu dengan wanita yang sangat berpuas hati dengan bentuk badannya. Ada
yang mengeluh konon badannya gemuk sangat manakala ada yang menyangka
terlampau kurus. Kedua-dua golongan ini perlu mengawal makan dengan betul
supaya mendapat bentuk badan yang menarik dan sihat. Walau bagaimanapun
kebanyakan kaum wanita tidak suka mengawal makan secara terus-menerus.
MENGAPA KITA PERLU MENGAWAL MAKAN DAN BETUL????
Kesihatan yang buruk sangat
menyeksakan, sebaliknya kesihatan yang baik membolehkan kita menikmati hidup
yang sempurna. Satu cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan badan ialah
dengan mengawal makan secara teratur, iaitu memakan makanan berkhasiat
dengan sukatan yang betul (seimbang) dan cukup berzat.
APA GUNA MAKANAN KEPADA KITA?
Makanan yang kita makan memberikan kita bahan pemanas dan tenaga untuk menjalankan tugas harian. Tenaga disukat dengan unit kalori. Seorang wanita biasanya memerlukan lebih kurang 2,200 kalori sehari. Dua pertiga daripadanya diperlukan untuk mengawal degupan jantung, pernafasan dan tugas-tugas lain badan dan satu pertiga diperlukan untuk pertumbuhan dan gerak-geri tubuh.
Selain berfungsi sebagai bahan pemanas atau tenaga, makanan juga melengkapkan tubuh kita
dengan protein, vitamin dan zat galian bagi membekalkan pertumbuhan daging,
darah dan tulang. Makan terlalu banyak yang melebihi keperluan badan
menyebabkan makanan yang berlebihan hangus sebagai bahan pemanas atau bertukar
menjadi lemak beku dan tersimpan di dalam badan.
PUSPANITA Cawangan Kecil SPA,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks
C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
No. Tel: 603 - 8885
6000 | Faks: 603 - 8888 5041
PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau
kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui
laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE
versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.