New Page 2
Untitled Document

New Page 3

Pendidikan

Nasyrah Child Care Centre
Tabung Latihan PUSPANITA BARU_7.GIF
Tabung PUSPADARABARU_7.GIF
Belum menjadi ahli?
Muat turun borang PUSPANITA di sini
Kembalikan borang yang telah lengkap diisi kepada wakil bahagian anda.
Ingin memberi komen atau cadangan berkenaan Portal Puspanita SPA? Anda bolehlah berbuat demikian dengan menghantarkan emel kepada.webmaster
Anda pelawat ke:

Sejak September 2008
New Page 1 Tarikh kemas kini:

Portal Rasmi SPA > Puspanita > Puisi
New Page 2

SESUATU YANG BERNAMA KEHILANGAN

 
Aku belum lagi ketemu apa yang
Dicari
Mungkin esok barangkali
Tapi bagaimana kalau ternyata
Tiada esok buat kita
Matahari gerhana tiba-tiba
Kerana waktu itu kamu
Membilang keping-keping daun hancur
Setelah memijaknya tanpa sedar
 
Burung dan angin
Pun tak bersuara seketika
 
Saat kamu pergi
Tawaku juga pergi
Seorang pengembara mencari arah
Dan peta
Ingin menjadi dewasa dan belajar
Dari alamnya
 
Ku telan sepi dengan cinta bermakna
Menerima satu yang bernama
Kehilangan………..
 
Cetusan rasa,
Azian.......
 


New Page 2

PEREMPUAN

 
Perempuan
Bagaikan angin, lembutnya melenakan
Ada kala melalaikan……
 
Atau bagai ribut
Datangnya mengusarkan
Ada kala mengharukan
 
Perempuan
Saban malam setia menjadi bantal
Bagi penyandar bekas-bekas lelah
Sentiasa tega menjadi pendengar
Berkongsi keluh kesah dan simpati
Belayar di lautan tenang
Bersama nakhoda suami tercinta
 
Perempuan
Ada kala ia menjadi srikandi nusa
Melebarkan ilmu kepada pewaris bangsa
Menabur baja pembangunan Negara
Menyemai nama negara di mata dunia
Walau lembut semangatnya tetap waja
 
Namun…….
Kami juga bagai anak
Ingin dibelai minta dimanja.
 
Hasil pena,
Azian......
 


New Page 2

PEREMPUAN YANG TIDUR

 
Wajah lesumu membayangkan
Perjalanan payah sepanjang usia
Kau lewati tanpa banyak meminta
Tak juga menyerah
Berhenti dan bertanya
 
Malam mula melanjutkan kakinya
Hatimu ku tahu meronta
Awan rindu sarat
Namun tiada kepedihan
Kerana telah jua kau lewati semua kepedihan
Begitu damai, manis serta indah.
 
Saat ini
Ku himpun segala kenangan
Yang termungkin antara kita
Paling ku ingati adalah kasihmu
Paling menghiris adalah wajah diammu
Lama ke renung namun diammu terlalu.
 
Selamat tidur ibu
Dalam lena dan tenang
Telah genap tanganmu mengusap kasih
Sekalipun terasakan pedih kehilangan.
 
Hasil nukilan,
Azian.......
 


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari
Google

WWW
www.spa.gov.my
New Page 3

Pautan Puspanita

 Puspanita Kebangsaan
 Jab. Perdana Menteri
 Jab. Perkhidmatan
 Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
PUSPANITA Cawangan Kecil SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
No. Tel: 603 - 8885 6000 | Faks: 603 - 8888 5041

PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta Terpelihara© 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.