Urusan
pengambilan bermula dengan permohonan yang diterima melalui Borang PG-SPA
dari Kementerian/Jabatan. Terlebih dahulu, status calon simpanan jawatan
yang dipohon akan disemak dan tawaran akan dibuat kepada calon simpanan
jika ada. Seterusnya proses yang terlibat adalah proses pemerolehan calon
dari Bank Data SPA, penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (PLP), urusan
temu duga, penyediaan Kertas Suruhanjaya dan kemudian proses tawaran kepada
calon yang berjaya.
Urusan
pengambilan yang dilaksanakan oleh SPA kini menggunakan sistem berkomputer
sepenuhnya, yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa, atau
ringkasannya SMSM. Sistem ini diperkenalkan dalam bulan Januari 1997.
Di bawah SMSM, permohonan jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang
tahun. SMSM memudahkan urusan pendaftaran permohonan, tapisan, penyenaraian
calon lantikan dan simpanan, penjadualan temu duga, penentuan tempat temu
duga dan tawaran jawatan. Di bawah sistem ini pemohon boleh mengemukakan
permohonan secara online di laman web SPA http://www.spa.gov.my .
Orang ramai boleh berurusan dengan Urus Setia SPA secara online menerusi
http://www.spa.gov.my atau menelefon talian TeleSPA nombor 600-83-7979
atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di nombor 39111. Maklumat mengenai
temu duga dan keputusannya boleh dicapai melalui laman web SPA dan SMS
sepanjang masa.
Maklumat
mengenai deskripsi senarai jawatan seperti deskripsi tugas, syarat lantikan,
kod skim, gred, gaji mula, imbuhan tetap khidmat awam (ITKA), imbuhan
tetap perumahan dan bantuan sara hidup (COLA) yang boleh dipohon oleh
calon mengikut kelayakan berikut:
- Ijazah/Sarjana/PHD
- Diploma/STP/STPM/HSC
- SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil
- PMR/SRP
- Kelayakan Bakat
- Latihan Separa Perubatan
Warganegara
Malaysia yang berkelayakan boleh memohon jawatan-jawatan kosong dalam
Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi
Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri
Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Online (SPA8i) yang disediakan
di Portal SPA www.spa.gov.my .
Semakan Online
Calon boleh menyemak
- Maklumat Urusan Pengambilan [
Info
]
- Status Pendaftaran [
Info
]
- Jadual Temu Duga [
Info
]
- Jadual Peperiksaan [
Info
]
- Keputusan Temu Duga
[ Info
]
- Keputusan Peperiksaan [
Info
]
Hari
SPA Bersama Pelanggan merupakan satu langkah dalam mewujudkan budaya layanan
mesra pelangga di SPA dan memberi peluang kepada orang ramai dan penjawat
awam mendapat maklumat secara terus mengenai SPA.
Penetapan Gaji Permulaan
Mengikut Peraturan 23(2) & 23(5)
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005 [PPA 2005] [ Info
]
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
Penafian:
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab
atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat
yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan
IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.