09 JUN 2009 -----Biro Pendidikan Puspanita SPA telah menganjurkan
satu program JALINAN KASIH RABBANI yang disertai oleh ibu-ibu (ahli-ahli
puspanita SPA), dan anak-anak yang berumur 7-17 tahun yang diadakan
di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Aras 9. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Puspanita SPA iaitu Y Bhg Datin Normah binti Ibrahim. Turut menghadiri adalah Timbalan Pengerusi III, Puan Faidzah binti Arshad. Fasilitor jemputan
iaitu Encik Zuhairi Mohd Nopiah dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
telah berjaya menyampaikan mesej program tersebut dan memberi kesan
yang mendalam kepada kanak-kanak dan ibu bapa tentang kasih sayang
dalam hubungan kekeluargaan..
Lagu
: Kasih Sayang
Artist: Raihan
Kasih sayang itu titi, Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali, Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati, Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti, Saling sayang ma'af mema'afkan
Kasih sayang itu baja, Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar, Penguat cinta penghapus duka
Kasih manusia sering bermusim, Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi, Sayang TUHAN janji-NYA pasti
Tanpa kasih sayang TUHAN, Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN, Tiada bakti tiada kema'afan
Kasih sayang pada semua, Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia, Moga selamat di Akhirat sana
PUSPANITA Cawangan Kecil SPA,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks
C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
No. Tel: 603 - 8885
6000 | Faks: 603 - 8888 5041
PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau
kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui
laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE
versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.