Pada hari peperiksaan calon
perlu membawa perkara berikut :
i.
Surat Panggilan menduduki peperiksaan;
ii.
Kad Pengenalan;
iii.
Alat tulis; pensil 2B, pen, pembaris, pemadam dan lain-lain alat
tulis yang difikirkan perlu;
2.
Calon
mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.
3.
Calon
mesti berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum
peperiksaan bermula.
4.
Calon
dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada
masalah atau pertanyaan.
5.
Calon
hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh
Ketua Pengawas.
6.
Rujukan
kepada mana-mana bahan adalah TIDAK DIBENARKAN.
7.
Calon mesti mengenal pasti tempat pusat peperiksaan dijalankan.
8.
Calon wajib berpakaian kemas dan sopan.
PANDUAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan ini mengandungi satu (1) bahagian iaitu :
BAHAGIAN I - PSIKOLOGI
Seksyen A - Sahsiah Diri
Ujian sahsiah bertujuan menilai sahsiah atau personaliti calon dalam proses pengambilan pelatih separa perubatan. Ia dibangunkan untuk menilai beberapa gagasan personaliti untuk jawatan-jawatan separa perubatan.
Masa - 40 minit
Bilangan Soalan - 139
Seksyen B - Minat
Dalam seksyen ini dua (2) pilihan jawapan disediakan. Calon hendaklah memilih jawapan yang sesuai dengan minat.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
Penafian:
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab
atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat
yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan
IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.