PUSPANITA, merupakan singkatan daripada Persatuan
Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Ahli PUSPANITA
terdiri daripada isteri-isteri anggota Perkhidmatan Awam dan anggota
wanita Perkhidmatan Awam dari pelbagai kategori.
Tujuan utama penubuhan PUSPANITA, adalah untuk
menjadi agen perubahan, di dalam menyokong dasar-dasar kerajaan,
yang membabitkan golongan wanita di negara ini. Kerajaan berusaha
untuk membawa kemajuan pembangunan yang bermanfaat dan keberkesanannya
dapat dinikmati oleh kaum wanita di Sektor Awam khasnya dan rakyat
amnya.
SPA 16 Jun ----- PUSPANITA SPA, hari ini telah menganjurkan bengkel Ceria, Cemerlang dan Bahagia (CCB). Bengkel anjuran Biro Pendidikan PUSPANITA ini telah menjemput Zuhairi Mohd Nopiah, Pegawai Eksekutif Pusat Kaunseling dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Bengkel yang sedang berlangsung sekarang di adakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan dan di hadiri oleh ibu bapa dan anak-anak warga SPA ----- MediaSPA
Mesyuarat Tahunan PUSPANITA SPA Sesi 2010/2012
SPA 21 Mei ----- PUSPANITA Cawangan Kecil SPA hari ini telah mengadakan mesyuarat tahunan untuk sesi 2010/2012. Perasmian telah di lakukan oleh Setiausaha SPA, Dato' Lamien Sawiyo . Turut hadir Timbalan-Timbalan Setiausaha , Ramli Juhari, Lim Mooi Eia. Terdahulu dari itu, Pengerusi PUSPANITA SPA, Datin Normah Ibrahim telah menyampaikan ucapan aluan. Mesyuarat yang sedang berlangsung di Dewan Anggerik Jabatan Perangkaan Malaysia sekarang ialah untuk pemilihan Jawatankuasa bagi sesi 2010/2012 ----- MediaSPA
Baju PUSPANITA
PUSPANITA
JPM telah mengeluarkan baju bercorak baru. Semua ahli PUSPANITA SPA
digalakkan untuk membeli baju berkenaan. Pesanan boleh dibuat melalui
wakil bahagian masing-masing atau pun terus kepada Setiausaha
PUSPANITA SPA (Puan Khadijah binti Ishak)
Warna latar
belakang: Ungu muda
Warna bunga:
Pink pekat
Nota: Warna
di dalam gambar terdapat sedikit perbezaan. Harap maklum