Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi SPA
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036         Maklumat berkaitan bantuan W3C Disability Access

Pengenalan SPA  |  Perkhidmatan Utama  |  Piagam Pelanggan  |  Panduan  |  Web Mail  |  Emel/Telefon  |  Hotline SPA  |  Galeri  |  Peta Laman Bahasa
Inggeris
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Iklan
 Sepanjang Masa
  Ijazah/Sarjana/PHD 
  Diploma/STP/STPM/HSC 
  SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil 
  PMR/SRP 
  Kelayakan Bakat  
  Latihan Separa Perubatan 
 Terkini
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Semakan Online
Portal Rasmi SPA > Iklan > Sepanjang Masa > Latihan Separa Perubatan
Panduan-Senarai Jawatan(SRP)

NAMA JAWATAN LATIHAN

KOD SKIM
BIASISWA
JURU X-RAY PELATIH
2970
RM621.21
JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) PELATIH
2072
RM621.21
JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA) PELATIH
2073
RM621.21
JURURAWAT PELATIH
4310
RM621.21
JURURAWAT PERGIGIAN PELATIH
3314
RM621.21
JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN PELATIH
2613
RM621.21
JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN PELATIH
3306
RM621.21
PENOLONG PEGAWAI FARMASI PELATIH
4533
RM621.21
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN PELATIH
2354
RM621.21
PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN PELATIH
2751
RM621.21

New Page 1
Pengumuman Latihan Separa Perubatan
     
 
  • Bagi calon yang layak akan di beri surat untuk menduduki ujian atau boleh semak di laman web SPA.
         
     
  • Tempoh sahlaku permohonan calon yang telah memohon melalui Internet (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
         
     
  • Untuk calon KPSL , boleh melanjutkan tempoh permohonan dengan hanya menulis surat kepada SPA dengan menyatakan No KP dan nama bagi tujuan perlanjutan tersebut.
         

    New Page 2

    SYARAT KELAYAKAN

    Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


    Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan ke Perkhidmatan Awam

    Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

    a) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
       
    b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
       
    c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.


    Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan

    Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

    Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

    Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.


    LATIHAN BERTARAF SIJIL

    Sila klik di bawah untuk maklumat lanjut..

    i) Jururawat Masyarakat Pelatih
    ii) Pembantu Pembedahan Pergigian Pelatih
    iii) Pembantu Kesihatan Awam Pelatih


    Syarat Kelayakan

    Lulus Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bhasa Malaysia pada peringkat PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Bagi jawatan Jururawat Masyarakat Pelatih, calon harus memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.


    Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan

    Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

    Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;

    Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.


    Alamat Surat-Menyurat:

    Setiausaha
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    Bahagian Pengambilan Khas
    Aras 7, Blok C7, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62520 PUTRAJAYA
    Tel: 03 - 8885 6000

    Pertanyaan Email

     

    Kembali

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari

    www.spa.gov.my
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
    Pensijilan MS ISO 9001:2008
     
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
    MyRecruitment
     
    Pekeliling SPA
    Dasar-Dasar Utama/Pekeliling SPA
     
    Menu Pautan
    Pautan
     Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
     Portal Rasmi Perdana Menteri Malaysia
     Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
     Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
     Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
     MSC Malaysia
     Puspanita SPA
     Intranet SPA
     Planner SPA
    Semak Melalui SMS 39111
    Semak Melalui TeleSPA 600-83-7979
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
     
     
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
    Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
     
    Dasar Privasi    Dasar Keselamatan    Webmaster     Jawatankuasa Portal

    Penafian: Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

    Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.