Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi SPA
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036         Maklumat berkaitan bantuan W3C Disability Access

Pengenalan SPA  |  Perkhidmatan Utama  |  Piagam Pelanggan  |  Panduan  |  Web Mail  |  Emel/Telefon  |  Hotline SPA  |  Galeri Bahasa
Inggeris
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Panduan
 KPSL
 SMSM
 Peperiksaan
 Temu Duga
 Tatatertib
  Klinik Tatatertib
  Siri 1
  Siri 2
  Siri 3
  Siri 4
  Siri 5
  Siri 6
  Siri 7
  Siri 8
  Siri 9
  Carta Aliran Prosedur
    Tindakan Tatatertib
  Peraturan Tatatertib
 Kelayakan STPM
 Separa Perubatan
 Call Letter
 Mohon Online
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Semakan Online
Portal Rasmi SPA > Panduan > Tatatertib > Siri 2

SIRI 2 - PIHAK BERKUASA TATATERTIB

PENDAHULUAN

Sesuatu tindakan tatatertib ke atas mana-mana pegawai yang telah melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah dilaksanakan oleh sesebuah Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) atau Lembaga Tatatertib (LTT) yang mempunyai bidang kuasa sebagaimana ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang berkaitan.

PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan, kawalan tatatertib adalah merupakan salah satu fungsi tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun selaras dengan peruntukan Perkara 144 (5B), Yang di Pertuan Agong telah membuat peraturan-peraturan bagi menubuhkan lembaga-lembaga di peringkat Kementerian dan Jabatan bagi menjalankan sebahagian kuasa dan tugas Suruhanjaya berhubung kawalan tatatertib ini.

PENUBUHAN LEMBAGA-LEMBAGA TATATERTIB

Bagi Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, penubuhan serta keanggotaan sesebuah Lembaga Tatatertib di peringkat Kementerian dan Jabatan adalah seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993 [ P.U. (A) 396] serta Jadual di bawah peraturan tersebut. Lembaga-lembaga Tatatertib ini adalah mempunyai bidang kuasa tatatertib mengikut seperti yang ditetapkan dalam Jadual yang berkenaan yang pada keseluruhannya adalah berasaskan kepada kumpulan perkhidmatan serta mengikut tempat bertugas seseorang pegawai yang diambil tindakan tatatertib itu, iaitu seperti berikut:
*Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
*Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan ( No. 1);
*Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan ( No.2);
*Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1);
*Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2);


SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat bagi semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Selain itu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam bagi semua kumpulan pegawai yang telah dikenakan apa-apa tindakan/hukuman tatatertib oleh Lembaga Tatatertib selainnya.


LEMBAGA TATATERTIB (LTT) KUMPULAN PENGURUSAN (NO .1)

LTT ini dianggotai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) serta seorang pegawai yang dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Ahli.

LTT ini mempunyai bidang kuasa tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Gred 48 yang setaraf, dan ke atas.

LEMBAGA TATATERTIB (LTT) KUMPULAN PENGURUSAN (NO.2)

LTT ini dianggotai oleh KSU/ Ketua Pengarah/ SUK sebagai Pengerusi dan TKSU/TKP/TSUK serta seorang pegawai yang tidak lebih rendah dari Gred 48 yang setaraf, yang dilantik oleh KSU atau SUK sebagai Ahli.

LTT ini mempunyai bidang kuasa tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Gred 41 yang setaraf,bagi tiap-tiap Kementerian/ Jabatan/Pentadbiran Negeri yang berkenaan .

LEMBAGA TATATERTIB (LTT) KUMPULAN SOKONGAN (NO.1)

LTT ini dianggotai oleh KSU/KP/SUK sebagai Pengerusi dan TKSU/TKP/TSUK serta Penasihat Undang-Undang atau Wakil Peguam Negara sebagai Ahli.

LTT ini mempunyai bidang kuasa tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat bagi pegawai dalam Kumpulan Sokongan bagi tiap-tiap Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Negeri yang ber- kenaan.

LEMBAGA TATATERTIB (LTT) KUMPULAN SOKONGAN (NO.2)

LTT ini dianggotai oleh TKSU/Ketua Jabatan atau Ketua Bahagian Tempatan/TSUK sebagai Pengerusi dan SUB/ Timbalan Ketua Jabatan atau Timbalan Ketua Bahagian Tempatan/KPSU serta seorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh KSU atau SUK sebagai Ahli.

LTT ini mempunyai bidang kuasa tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat bagi pegawai dalam Kumpulan Sokongan bagi tiap-tiap Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Negeri yang berkenaan.

KUORUM MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB (LTT) PENGGANTIAN ANGGOTA LEMBAGA TATATERTIB (LTT)

Mengikut Peraturan 2(4), peraturan-peraturan yang berkenaan, kuorum bagi sesuatu mesyuarat LTT hendak lah terdiri daripada Pengerusi dan mana-mana seorang anggota lain.

Mengikut Peraturan 2(3), KSN boleh atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkannya secara bertulis, menamakan mana-mana pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib untuk menggantikan mana-mana anggota LTT.

Dalam keadaan di mana Pengerusi atau anggota LTT itu menjadi pengadu dalam tindakan tatatertib terhadap se- seorang pegawai, mereka tidak boleh bersidang sebagai Pengerusi atau Ahli LTT untuk mendengar kes pegawai itu.

Pegawai yang memangku sesuatu jawatan berkenaan boleh menjadi Pengerusi atau Ahli LTT. Walau bagaimanapun bagi pegawai yang menanggung kerja jawatan yang sepatutnya menjadi Pengerusi atau Ahli, kelulusan KSN adalah diperlukan.

Peraturan mengenai penggantian anggota LTT ini hendaklah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1995.

Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari

www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pensijilan MS ISO 9001:2008
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
MyRecruitment
 
Pekeliling SPA
Dasar-Dasar Utama/Pekeliling SPA
 
Menu Pautan
 Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
 Portal Rasmi Perdana Menteri Malaysia
 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
 MSC Malaysia
 Intranet SPA
Semak Melalui SMS 39111
Semak Melalui TeleSPA 600-83-7979
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
 
Dasar Privasi    Dasar Keselamatan    Webmaster     Jawatankuasa Portal     Peta Laman

Penafian: Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.