Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah
memohon melalui Borang Online SPA8i adalah satu tahun. Calon dikehendaki
mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
Untuk calon KPSL , boleh melanjutkan
tempoh permohonan dengan hanya menulis surat kepada SPA dengan
menyatakan No KP dan nama bagi tujuan perlanjutan tersebut.
SYARAT KELAYAKAN
Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka
Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam
Calon-calon yang menduduki dan
memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim
perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat
lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan
kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum
pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut
perlu dipenuhi.
a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa
Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian
dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa
Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan
selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam
tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada
Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan
dalam skim perkhidmatan.
**Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Umur Calon untuk mengikuti
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
Calon lantikan terus hendaklah berumur
tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh
tutup permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat
Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh
permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat
Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa
Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak
melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Lulus Sijil Penilaian Menengah
Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
dan lulus Bahasa Malaysia pada peringkat PMR atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan
Bagi jawatan Jururawat Masyarakat Pelatih, calon harus memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
**Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.
Umur Calon untuk mengikuti
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:
Calon lantikan terus hendaklah berumur
tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh
tutup permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat
Secara Lantikan hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat
Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa
Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak
melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Alamat Surat Menyurat:
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA
Tel : 88856000
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
Penafian:
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab
atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat
yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan
IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.