Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi SPA
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036         Maklumat berkaitan bantuan W3C Disability Access

Pengenalan SPA  |  Perkhidmatan Utama  |  Piagam Pelanggan  |  Panduan  |  Web Mail  |  Emel/Telefon  |  Hotline SPA  |  Galeri  |  Peta Laman Bahasa
Inggeris
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Khidmat Pelanggan
 Soalan Lazim (FAQ)
 e-Pertanyaan
 Muat Turun Borang
 Koleksi Ucapan
 Hotline SPA
 Emel/Telefon (Direktori)
 Alamat Pejabat SPA
Portal Rasmi SPA > Khidmat Pelanggan > Soalan Lazim > Soalan Perkhidmatan
SOALAN LAZIM URUSAN PERKHIDMATAN

PENGESAHAN PERLANTIKAN

1. Mengapakah perlu mendapat surat kelulusan pengesahan lantikan?
Surat kelulusan pengesahan pelantikan diperlukan untuk:
(i) memastikan calon yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menerima atau menolak tawaran jawatan ;
(ii) memastikan pegawai itu telah memenuhi syarat-syarat lantikan yang telah dinyatakan dalam surat tawaran; dan
(iii) menentukan tarikh seseorang pegawai melaporkan diri bertugas

2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan pelantikan?
(i) Surat setuju terima pelantikan (6A),
(ii) Surat akuan sumpah (6B),
(iii) Surat aku janji,
(iv) Surat akuan doktor ,
(v) Penyata perubahan (kewangan 8), dan
(vi) Sijil tapisan keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.

3. Bolehkah Gaji Permulaan diselaraskan ke mata gaji yang lebih tinggi berdasarkan gaji akhir?
Boleh diselaraskan berdasarkan Peraturan 23(5) (P.U.(A) 176/2005) bagi pegawai yang telah disahkan kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu hendaklah pada suatu mata gaji yang lebih tinggi dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut:
(i) surat iringan Kementerian/Jabatan
(ii) salinan kenyataan perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini serta
(iii) surat permohonan



PENGESAHAN PERKHIDMATAN

1. Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta?
Boleh berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2005 P.U. (A) 176 Peraturan 19.(1) (a) yang menyatakan calon hendaklah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

2. Bilakah seseorang pegawai awam layak disahkan dalam perkhidmatan ?
Pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah:
(i) berjaya menjalani tempoh percubaan 1-3 tahun;
(ii) hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus;
(iii) lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
(iv) mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.

3. Apakah dokumen yang diperlukan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan ?
(i) Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga P.U. (A) 176) ;
(ii) Borang Opsyen bagi skim KWSP mengikut subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 (Jadual
Kelima P.U. (A) 176)
(iii) Kenyataan Perkhidmatan kemaskini dengan catatan;
(a) hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus;
(b) keputusan peperiksaan yang disyaratkan ;
(c) pelanjutan tempoh percubaan (jika berkenaan); dan
(d) keputusan tatatertib (jika berkenaan)

4. Bilakah kelulusan pengesahan dalam perkhidmatan diperolehi?
Surat kelulusan pengesahan dalam perkhidmatan akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tempoh empat (4) minggu setelah kementerian dan jabatan mengemukakan perakuan pengesahan dalam perkhidmatan yang lengkap.

PERLANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN

1. Berapa tahunkah pelanjutan tempoh percubaan boleh diluluskan?
Mengikut peraturan 28(6) P.U. (A) 176 seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua tahun manakala pegawai yang gagal mendapat sokongan ketua jabatan , SPA hanya melanjutkan tempoh percubaan selama satu tahun sahaja.

PERTUKARAN SEMENTARA/PINJAMAN

1. Bagaimanakah Pertukaran Sementara/Pinjaman boleh dibuat?
Pertukaran sementara/pinjaman boleh dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan terbuka yang diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan bagi gred 41 ke bawah atau Jabatan Perkhidmatan Awam bagi gred 44 ke atas selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 tahun 2007 dengan mengemukakan dokumen berikut:
(i) surat pelepasan Ketua Perkhidmatan
(ii) surat persetujuan penerimaan agensi penerima
(iii) waran perjawatan
(iv) salinan kenyataan perkhidmatan
(v) laporan prestasi tahunan terkini

2. Bolehkah saya membuat Permohonan Pertukaran Pelantikan/Perkhidmatan?
Pertukaran pelantikan/perkhidmatan boleh dibuat bagi jawatan dan gred yang sama berdasarkan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2005 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2002.

Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari

www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pensijilan MS ISO 9001:2008
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
MyRecruitment
 
Pekeliling SPA
Dasar-Dasar Utama/Pekeliling SPA
 
Menu Pautan
Pautan
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
 Portal Rasmi Perdana Menteri Malaysia
 Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
 MSC Malaysia
 Puspanita SPA
 Intranet SPA
 Planner SPA
Semak Melalui SMS 39111
Semak Melalui TeleSPA 600-83-7979
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
 
Dasar Privasi    Dasar Keselamatan    Webmaster     Jawatankuasa Portal

Penafian: Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.