Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi SPA
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036         Maklumat berkaitan bantuan W3C Disability Access

Pengenalan SPA  |  Perkhidmatan Utama  |  Piagam Pelanggan  |  Panduan  |  Web Mail  |  Emel/Telefon  |  Hotline SPA  |  Galeri Bahasa
Inggeris
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Pengenalan SPA
 Profil
 Organisasi
 Arkib
 Galeri
  Tahun 2010 
  Tahun 2009 
  Tahun 2008 
  Tahun 2007 
  Tahun 2006 
  Tahun 2005 
  Tahun 2004
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Laman Utama
Laman Utama
Portal Rasmi SPA > Pengenalan SPA > Galeri > Mac 2006
Perkhidmatan Cemerlang 2004
PUTRAJAYA 1 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah menerima Pengerusi yang baru iaitu Tan Sri Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri. Beliau merupakan Pengerusi yang ke-10 di SPA. Majlis mengangkat sumpah telah dibuat pagi ini di hadapan Y.A Dato' Bentara Istana Dato' Nik Hashim bin Nik Ab Rahman iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Setiausaha SPA Tuan Haji Luey bin Puteh telah mengiringi ke upacara tersebut. Turut mengiringi ialah Setiausaha Bahagian, En. Roslee Annuar, En. Mohd Shaiful Ibrahim dan Pegawai Perhubungan Awam SPA, Puan Radziah Mohd Sharif. - Media SPA

 

PUTRAJAYA 21 Mac ----- Setiusaha SPA, Tuan Haji Luey bin Puteh hari ini telah menghadiri perhimpunan bulanan SPA untuk kali yang terakhir. Beliau membuat ucapan meminta agar warga SPA amanah ketika menjalankan tugas, dan buatlah tabungan supaya mendapat kesenangan apabila mendapat kesukaran di masa hadapan. Kepada warga SPA yang tidak hadir semasa majlis perpisahan yang akan dianjurkan oleh SPA, beliau meminta maaf kepada warga SPA sekiranya ada membuat kesilapan semasa beliau bertugas sebagai setiausaha di sini. Antara yang hadir ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha, SUB dan warga SPA. - Media SPA

 

BANGI 22 Mac ----- SPA telah mengadakan jamuan sempena persaraan Setiausaha Tuan Haji Luey bin Puteh malam tadi, di sebuah hotel terkemuka di Bangi. Malam Jasamu Dikenang itu dihadiri oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin bin Hj Ahmad Damanhuri dan Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad bin Mohd Noor. Majlis yang berlangsung selama 2 jam itu turut dihiburkan oleh artis jemputan, Roy. Turut menghiburkan hadirin ialah warga SPA iaitu Zaimi, Yus, CC Rosli dan Kumpulan Penyanyi dari setiap Bahagian di SPA. Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha, SUB dan warga SPA. Di majlis tersebut Pengerusi SPA telah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Luey. - Media SPA

 

PUTRAJAYA 23 Mac ----- SPA hari ini telah menerima Setiausaha baru iaitu Encik Mohd Yasin bin Mohd Salleh. Beliau yang berasal dari Johor sebelum ini telah bertugas di JPA sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Satu upacara ringkas penyerahan tugas telah pun dibuat pada pagi ini, iaitu antara bekas Setiausaha SPA iaitu Tuan Haji Luey bin Puteh serta Setiausaha baru, Encik Mohd Yasin. Turut hadir di upacara itu ialah Timbalan Setiausaha dan SUB. Terdahulu dari itu, Encik Mohd Yasin dan SUB telah mengadakan mesyuarat yang pertama di pejabatnya. - Media SPA

Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari

www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pensijilan MS ISO 9001:2008
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
MyRecruitment
 
Pekeliling SPA
Dasar-Dasar Utama/Pekeliling SPA
 
Menu Pautan
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
 Portal Rasmi Perdana Menteri Malaysia
 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
 MSC Malaysia
 Intranet SPA
Semak Melalui SMS 39111
Semak Melalui TeleSPA 600-83-7979
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
 
Dasar Privasi    Dasar Keselamatan    Webmaster     Jawatankuasa Portal     Peta Laman

Penafian: Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.