Perkara 144(1), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa fungsi/tugas
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah untuk:
Melantik;
Mengesahkan dalam Perkhidmatan;
Memberi taraf berpencen;
Menukar;
Menaikkan pangkat; dan
Menjalankan kawalan tatatertib.
ke atas
anggota-anggota bagi perkhidmatan awam yang diliputi di bawah bidang kuasanya.
BIDANG KUASA SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN AWAM
Bidang
kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah meliputi perkhidmatan
Awam berikut:
Perkhidmatan Awam Am Persekutuan;
Perkhidmatan Awam Bersama; dan
Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang,
Perlis dan Negeri Sembilan.
OBJEKTIF BAHAGIAN NAIK
PANGKAT DAN TATATERTIB
Objektif Bahagian Naik
Pangkat dan Tatatertib adalah untuk melaksanakan segala tugas yang berkaitan
dengan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berhubung kenaikan
pangkat dan kawalan tatatertib, meliputi urusan tindakan tatatertib, rayuan
tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.
FUNGSI BAHAGIAN NAIK
PANGKAT DAN TATATERTIB
Melaksanakan segala urusan tindakan tatatertib,
rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.
1.
Menguruskan Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan
Buang Kerja Atau Turun Pangkat:
Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan
Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
serta Perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan Negeri Sembilan.
Pegawai Kumpulan 'A', 'B' dan 'C' dalam Perkhidmatan
Awam Negeri Melaka dan Pulau Pinang.
2.
Menguruskan Kes-Kes Rayuan Tatatertib:
Semua kumpulan pegawai dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta
Perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan Negeri Sembilan yang dikenakan hukuman
tatatertib oleh Lembaga Tatatertib Jabatan;
Pegawai Kumpulan 'A' yang dikenakan hukuman selain buang kerja atau
turun pangkat dan pegawai Kumpulan 'D' dalam Perkhidmatan Awam Negeri
Melaka dan Pulau Pinang yang dikenakan hukuman buang kerja oleh Lembaga
Tatatertib Jabatan.
3.
Menyelenggara Urusan Kenaikan Pangkat:
Kenaikan pangkat ke jawatan bagi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Awam;
Kenaikan pangkat bagi Skim Perkhidmatan Bersepadu (integrated scheme
of service).
4.
Menguruskan Urusan Rayuan Kenaikan Pangkat:
Pegawai Kumpulan 'A' dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta
Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Perlis;
Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam
Negeri Sembilan.
New Page 5
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk melaksanakan segala tugas dan
tanggungjawab kami dengan cekap dan berkesan serta memastikan ianya
menepati prinsip serta peraturan yang ditetapkan. Kami juga berjanji
akan menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawab kami di dalam tempoh
seperti berikut dari tarikh menerima perakuan lengkap iaitu:
(i)
Urusan kenaikan pangkat ke jawatan bagi
Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam
-
2 minggu
(ii)
Urusan kenaikan pangkat ke gred bagi
Skim Perkhidmatan Bersepadu
-
12 minggu
(iii)
Tindakan tatatertib bagi kes-kes
tatatertib tidak hadir bertugas dan tatakelakuan atai prestasi kerja
yang tidak memuaskan.
-
16 minggu
(iv)
Tindakan tatatertib untuk kes-kes bagi
pegawai disabitkan kesalahan jenayah di mahkamah atau dikenakan perintah
tahanan dan sebagainya.
-
4 minggu
(v)
Tindakan tahan kerja atau gantung kerja
bagi pegawai yang menghadapi pertuduhan atau disabitkan kesalahan
jenayah atau perintah tahanan dan sebagainya.
-
4 minggu
(vi)
Urusan rayuan tatatertib dan rayuan
kenaikan pangkat.
-
8 minggu
Undang-Undang SPA
SENARAI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
BERKAITAN:
1.
Perlembagaan Persekutuan
2.
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957
3.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993
4.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
Negeri Perlis 1993
5.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
Negeri Melaka (Pindaan) 2003
6.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
Negeri Pulau Pinang 1997
7.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
Negeri Sembilan 2006
8.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
1993
9.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
Negeri Melaka 2005
10.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
Negeri Perlis 1993
11.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
Negeri Pulau Pinang 1989
12.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
Negeri Sembilan 1996
13.
Kaedah-Kaedah (Lembaga Rayuan) (Tatatertib) Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam 1994
14.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005
15.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Awam 1986
16.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Awam Negeri Melaka 2002
17.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Awam Negeri Perlis 1991
18.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Awam Negeri Pulau Pinang 1989
19.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Awam Negeri Sembilan 1996
20.
Kaedah-Kaedah (Lembaga Rayuan) (Kenaikan Pangkat) Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam 1994
21.
Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Perluasan Bidang
kuasa) 1959
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
Penafian:
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab
atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat
yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan
IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.