Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi SPA
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036         Maklumat berkaitan bantuan W3C Disability Access

Pengenalan SPA  |  Perkhidmatan Utama  |  Piagam Pelanggan  |  Panduan  |  Web Mail  |  Emel/Telefon  |  Hotline SPA  |  Galeri  |  Peta Laman Bahasa
Inggeris
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Pengenalan SPA
 Profil
 Organisasi
   Carta Organisasi 
   Bahagian Pengambilan
   Bahagian Pengambilan Khas
   Bahagian Perkhidmatan
   Bahagian Peperiksaan
   Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib
   Bahagian  Pengurusan Maklumat
   Bahagian Dasar dan Perancangan
   Bahagian Urus Setia Mesyuarat
   Bahagian Pengurusan
   Urus Setia Cawangan Sabah
   Urus Setia Cawangan Sarawak
   Urus Setia SPKP
 Arkib
 Galeri
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Khidmat Pelanggan
 Soalan Lazim (FAQ)
 e-Pertanyaan
 Muat Turun Borang
 Koleksi Ucapan
 Hotline SPA
 Emel/Telefon (Direktori)
 Alamat Pejabat SPA
Portal Rasmi SPA > Pengenalan SPA > Organisasi > Bahagian Pengambilan Khas
OBJEKTIF
  • Bahagian Pengambilan Khas bertanggungjawab untuk memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim, menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan pelantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan tetap bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pertahanan. Bahagian ini juga menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Sokongan II di pelbagai Kementerian dan Jabatan dengan sempurna dan efisyen dalam masa yang ditetapkan.
FUNGSI
  • Menguruskan penyiaran iklan bagi jawatan dalam Perkhidmatan Awam dan Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Memproses dan mendaftarakan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim.
  • Menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan perlantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan tetap bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Sokongan II di pelbagai Kementerian dan Jabatan.
PIAGAM PELANGGAN
  • Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji:-
  • Pemohon boleh mengetahui status pendaftaran Borang SPA 8i dalam tempoh tiga ( 3 ) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia akan dibekalkan calon-calon yang berkualiti dan bersesuaian untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan selewat lewatnya lima ( 5 ) minggu sebelum latihan bermula.
  • Pelatih-pelatih separa perubatan yang telah tamat latihan akan dihantar ke jawatan tetap dalam tempoh lima ( 5 ) minggu selepas menerima keputusan peperiksaan akhir dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
AKTIVITI UTAMA BAHAGIAN PENGAMBILAN KHAS

Unit Proses/Tawaran

  • Urusan surat menyurat berkaitan dengan Latihan Separa Perubatan daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan.
  • Penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (tapisan) bagi mengikuti latihan/lantikan.
  • Penyediaan kuota calon mengikut Lembaga Temu Duga.
  • Penyediaan Kertas Pertimbangan Setiausaha/Suruhanjaya.
  • Penyediaan surat keputusan temu duga dan surat tawaran lantikan.

Unit Temu Duga

  • Membuat tempahan bilik temu duga.
  • Menyediakan jadual dan pakej temu duga.
  • Menyediakan surat panggilan temu duga.
  • Menguruskan pelantikan wakil Jabatan.
  • Membantu Ahli Suruhanjaya di Pusat temu duga (Kuala Lumpur) pada masa kini.

Unit Pendaftaran SMSM

  • Penyediaan dan penyiaran iklan.
  • Penghantaran surat akuan terima kepada pemohon.
  • Pengemaskinian maklumat calon dalam Bank Data Berkomputer.
  • Menjawab pertanyaan calon mengenai status permohonan.
Tatacara Urusan Pengambilan SMSM
Sistem Mengambil Sepanjang Masa ( SMSM ) merupakan sistem pendaftaran permohonan calon secara berterusan dan maklumat calon yang lengkap akan direkodkan di dalam Bank Data Berkomputer. Di bawah sistem ini calon boleh mengemukakan borang permohonan pada bila-bila masa kerana SMSM tidak mensyaratkan tarikh tutup permohonan. Cara memohon:
   
a) Dapatkan risalah-risalah permohonan pendaftaran untuk perkhidmatan awam Malaysia di tempat-tempat berikut :-
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Lobi Aras 1, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 Putrajaya Malaysia
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan UMS/Sulaman, Likas,
88450 Kota Kinabalu
Sabah
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urusetia Cawangan Sabah
Tingkat 10, Bgn Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
Kuching Sarawak
 
Semua Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di Semenanjung. Semua Jabatan Tenaga Rakyat Negeri/Daerah.
   
b) Isi borang SPA 8i
   
c) Bagi setiap permohonan calon yang telah didaftarkan di dalam Bank Data Berkomputer, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan menghantar surat akuan terima. Calon-calon boleh juga mengetahui pendaftaran masing-masing melalui Tele-SPA (600-83-7979) yang memberi perkhidmatan tele-maklumat berhubung dengan kerjaya anda seperti berikut:
- Status permohonan.
- Tarikh dan tempat temu duga.
- Keputusan temu duga.
- Penempatan kerja.
   
d) Tempoh sah laku adalah satu tahun mulai tarikh pendaftaran. Apabila tamat sah laku permohonan, calon adalah dikehendaki mengemukakan permohonan baru sekiranya masih berminat untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Disamping itu, urusan pengemaskinian pertukaran alamat dan pusat temu duga boleh dibuat dengan memaklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui surat dengan menulis nama dan no Kad Pengenalan.
Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari

www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pensijilan MS ISO 9001:2008
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
MyRecruitment
 
Pekeliling SPA
Dasar-Dasar Utama/Pekeliling SPA
 
Menu Pautan
Pautan
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
 Portal Rasmi Perdana Menteri Malaysia
 Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
 MSC Malaysia
 Puspanita SPA
 Intranet SPA
 Planner SPA
Semak Melalui SMS 39111
Semak Melalui TeleSPA 600-83-7979
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
 
Dasar Privasi    Dasar Keselamatan    Webmaster     Jawatankuasa Portal

Penafian: Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.