Untuk memberi khidmat sokongan dari segi Pentadbiran Am, Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Sumber Manusia yang cekap dan berkesan kepada semua Bahagian di Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
FUNGSI
Bertanggungjawab memastikan peruntukan kewangan dibelanjakan mengikut prosedur kewangan.
Memastikan Pengurusan Pentadbiran Am dan Pengurusan Sumber Manusia mematuhi arahan-arahan pejabat dan tugas dapat dilaksanakan mengikut jangka waktu yang ditentukan.
Memastikan perancangan pengurusan latihan dan pembangunan kerjaya anggota berjalan dengan lancar serta memastikan semua anggota dapat mencapai jumlah kursus minima 7 hari setahun.
PIAGAM PELANGGAN
Menentukan pentadbiran pejabat, pengurusan sumber manusia dan organisasi serta Pengurusan Kewangan dilaksanakan mengikut dasar dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Menentukan tindakan yang berkaitan dengan Urusan Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
AKTIVITI UTAMA BAHAGIAN PENGURUSAN
Unit Pentadbiran
Memastikan pengurusan Pentadbiran Am Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melibatkan penyelenggaraan peralatan, logistik serta keselamatan pejabat sentiasa cekap, teratur dan berkesan.
Unit Kewangan
Memastikan pengurusan hal ehwal kewangan diuruskan secara teratur dan berkesan selain menguruskan perbelanjaan secara berhemah
Bertanggung jawab merancang dan menyelaras Anggaran Belanjawan Jabatan, pindah peruntukan dan tambahan perbelanjaan mengurus secara cekap.
Unit Pengurusan Sumber Manusia
Memastikan urusan pembangunan organisasi dan pengurusan sumber manusia melibatkan hal ehwal kakitangan SPA dapat diuruskan dengan efisien, teratur, berkesan serta mematuhi dasar dan peraturan-peraturan perkhidmatan.
Unit Pembangunan Sumber Manusia
Memastikan perancangan pengurusan latihan dan pembangunan kerjaya anggota berjalan dengan lancar serta memastikan semua anggota dapat mencapai jumlah kursus minima 7 hari setahun selaras dengan arahan perkhidmatan.
Unit Perhubungan Korporat
Bertanggungjawab dalam memastikan urusan-urusan berkenaan hubungan luar serta penerangan dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mempromosikan fungsi SPA sebagai gerbang ke dalam perkhidmatan awam.
Unit Kualiti
Bertanggungjawab dalam urusan-urusan melibatkan penerapan nilai-nilai kualiti dalam sistem kerja SPA serta memupuk nilai etika di kalangan anggota.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
Penafian:
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab
atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat
yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan
IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.