Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi SPA
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036         Maklumat berkaitan bantuan W3C Disability Access

Pengenalan SPA  |  Perkhidmatan Utama  |  Piagam Pelanggan  |  Panduan  |  Web Mail  |  Emel/Telefon  |  Hotline SPA  |  Galeri Bahasa
Inggeris
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Pengenalan SPA
 Profil
 Organisasi
   Carta Organisasi 
   Bahagian Pengambilan
   Bahagian Pengambilan Khas
   Bahagian Perkhidmatan
   Bahagian Peperiksaan
   Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib
   Bahagian  Pengurusan Maklumat
   Bahagian Dasar dan Perancangan
   Bahagian Urus Setia Mesyuarat
   Bahagian Pengurusan
   Urus Setia Cawangan Sabah
   Urus Setia Cawangan Sarawak
   Urus Setia SPKP
 Arkib
 Galeri
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Khidmat Pelanggan
 Soalan Lazim (FAQ)
 e-Pertanyaan
 Hotline SPA
 Emel/Telefon (Direktori)
Portal Rasmi SPA > Pengenalan SPA > Organisasi > Bahagian Peperiksaan
OBJEKTIF

Menguruskan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam dan 'Assessment Centre ' dengan cekap, teratur dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan ke arah melahirkan penjawat awam yang berkualiti.

FUNGSI
  • Menguruskan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam dan;
  • Menguruskan 'Assessment Centre' sebelum calon layak ditemu duga.
PIAGAM PELANGGAN

Komitmen kami ialah menguruskan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam dengan cekap, berkesan dan teratur. Kami berjanji akan mengumumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh peperiksaan dijalankan.

AKTIVITI UTAMA BAHAGIAN PEPERIKSAAN

Aktiviti utama Bahagian Peperiksaan berdasarkan 7 unit iaitu:

(i) UNIT PEMBANGUNAN SOALAN

  • Menyedia sukatan peperiksaan
  • Menguruskan sistem Data Bank Soalan
  • Menguruskan proses penggubalan soalan
  • Melantik dan memberi taklimat kepada penggubal soalan
  • Mengadakan kursus penggubalan soalan peperiksaan

(ii) UNIT PENGURUSAN PEPERIKSAAN

  • Menyedia Jadual Peperiksaan Tahunan
  • Menguruskan tempahan dewan peperiksaan
  • Melantik Ketua Pengawas dan Pengawas
  • Menguruskan pengagihan calon ke pusat peperiksaan
  • Mengadakan kursus berkaitan pengawasan peperiksaan
  • Menyediakan peralatan peperiksaan

(iii) UNIT GUNASAMA

  • Menguruskan hal Pentadbiran dan Perkhidmatan
  • Pengurusan fail-fail, surat menyurat, peralatan peperiksaan dan pejabat
  • Penyediaan bajet dan tuntutan perbelanjaan dan lain-lain.

(iv) UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

  • Mengendalikan ujian Psikologi
  • Memberi khidmat kaunseling kepada warga SPA
  • Menjalankan kajian validiti dan realibiliti ujian Psikologi
  • Menguruskan pentadbiran ujian Psikologi bagi kemasukan ke Perkhidmatan Awam

(v) UNIT 'ASSESSMENT CENTRE' DAN NAZIRAN

  • Menjalankan konsultasi pembinaan modul ' Assessment Centre '
  • Mengurus dan menyelaras pengendalian ' Assessment Centre'
  • Menguruskan data profiling calon
  • Menjalankan Naziran di pusat-pusat peperiksaan
  • Menjalankan kajian penambahbaikan sistem pengendalian peperiksaan

(vi) UNIT FIZIKAL DAN PANCAINDERA

  • Menguruskan pelantikan Ketua Penguji dan Penguji
  • Menguruskan pengagihan calon ke Pusat Ujian Pemeriksaan
  • Memberi taklimat berkaitan Ujian Fizikal dan Pancaindera
  • Mengadakan kursus berkaitan Ujian Fizikal dan Pancaindera
  • Memantau perjalanan Ujian Fizikal dan Pancaindera

(vii) UNIT DATA DAN MARKAH

  • Melantik pemeriksa kertas jawapan esei
  • Memproses markah calon
  • Menyediakan statistik pencapaian calon dalam sesuatu peperiksaan
  • Menyediakan statistik berkaitan urusan peperiksaan
  • Mengumumkan keputusan peperiksaan

JAWATAN YANG DISYARATKAN PEPERIKSAAN [ Info ]

Terdapat 66 jawatan yang disyaratkan peperiksaan. Peperiksaan yang dijalankan melibatkan peperiksaan bertulis, amali, ujian suara serta ujian Fizikal dan Pancaindera.

SKOP PEPERIKSAAN
  • Ujian Bakat
  • Ujian Kecenderungan
  • Ujian Kederasan
  • Ujian Suara
  • Ujian Fizikal dan Kecergasan
  • Ujian Psikologi

Ujian Bakat untuk menilai keupayaan dan potensi calon di dalam pelbagai bidang seni serta lain-lain aspek yang penting untuk jawatan yang memerlukan kompetensi bakat.

Ujian Kecenderungan untuk menilai keupayaan, potensi dan kompetensi berdasarkan penilaian kognitif dan bahasa bagi menentukan pemilihan calon yang bersesuaian dengan keperluan ciri-ciri sesuatu jawatan.

Ujian Kederasan mengukur kecekapan calon dalam mengambil catatan trengkas dan menaip.

Ujian Suara bagi mengukur kebolehan calon berinteraksi dalam situasi tugas yang memerlukan keupayaan penyampaian yang terang, jelas dan tegas supaya maklumat dapat diterima dengan betul dan tepat.

Ujian Fizikal dan Pancaindera. Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera seperti ukuran ketinggian, berat badan, penglihatan dan kecergasan untuk memastikan pemohon-pemohon memenuhi syarat-syarat fizikal dan pancaindera yang ditetapkan. Hanya jawatan-jawatan tertentu dalam skim perkhidmatan yang mensyaratkan Ujian Fizikal dan Pancaindera.

Ujian Psikologi satu penilaian berasaskan laporan kendiri untuk mengukur kesesuaian dari aspek personaliti, minat, sikap, kemahiran dan kecenderungan bagi menentukan kesesuaian ciri seseorang calon.

Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari

www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pensijilan MS ISO 9001:2008
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
MyRecruitment
 
Pekeliling SPA
Dasar-Dasar Utama/Pekeliling SPA
 
Menu Pautan
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
 Portal Rasmi Perdana Menteri Malaysia
 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
 MSC Malaysia
 Intranet SPA
Semak Melalui SMS 39111
Semak Melalui TeleSPA 600-83-7979
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
 
Dasar Privasi    Dasar Keselamatan    Webmaster     Jawatankuasa Portal     Peta Laman

Penafian: Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.