Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Urusetia Sarawak adalah bertanggungjawab kepada urusan pengambilan dan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sarawak. Urus setia juga melaksanakan tanggungjawabnya dengan memberi bimbingan dan khidmat nasihat berkenaan peluang - peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan urusan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sarawak.
FUNGSI
Fungsi Urusetia ini sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan di bawah perkara 144 dan 144(1), merangkumi perkara seperti berikut:-
Pengisian kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sarawak.
Menguruskan hal-hal perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam Am Persekutuan sejajar dengan Peraturan dan Pekeliling semasa secara adil dan bijaksana.
Mengendalikan urusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
PIAGAM PELANGGAN
Mengurus Urusan pengambilan untuk mengikuti latihan dan tawaran ke jawatan tetap bagi jawatan separa perubatan dalam tempoh 8 minggu
Menguruskan urusan perkhidmatan seperti Pengesahan Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Pelanjutan Tempoh Percubaan dan Penetapan Gaji Pemulaan dalam tempoh 6 minggu
Mengurus urusan Peperiksaan Dalam Perkhidmatan dan Peperiksaan Pra Perkhidmatan mengikut Jadual seperti di Kalender Peperiksaan Tahunan di samping menjaga keselamatan dan kerahsiaan kertas soalan dan kertas jawapan peperiksaan
AKTIVITI UTAMA URUS SETIA SARAWAK
Pengambilan
Menguruskan penyediaan temu duga untuk mengikut latihan dan selepas tamat latihan bagi jawatan separa perubatan
Menjalankan urusan temu duga
Menyediakan Kertas Pertimbangan Suruhanjaya untuk urusan pengambilan di bawah bidang kuasa Urus Setia
Mengeluarkan surat tawaran mengikuti latihan dan lantikan tetap kepada calon pelatih separa perubatan
Menguruskan pakej temu duga bagi jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Sokongan 1 di Sarawak bagi urusan pengambilan di bawah bidang kuasa ibu pejabat
Menjalankan urusan naziran ke Kementerian/Jabatan Persekutuan
Perkhidmatan
Melaksanakan urusan Pengesahan Lantikan
Menguruskan urusan Penetapan Gaji Masuk, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen
Menguruskan urusan Penamatan Perkhidmatan
Menjalankan naziran ke Kementerian/Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak
Peperiksaan
Mengurus dan melaksanakan aktiviti Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditetapkan dari semasa ke semasa
Mengurus dan melaksanakan aktiviti peperiksaan yang ditetapkan di dalam Kalendar Tahunan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia
Mengurus dan menyelaras taklimat Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia di pelbagai Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Sarawak
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
Penafian:
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab
atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat
yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan
IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.