New Page 2
Untitled Document

New Page 3

Pendidikan

Nasyrah Child Care Centre
Tabung Latihan PUSPANITA BARU_7.GIF
Tabung PUSPADARABARU_7.GIF
Belum menjadi ahli?
Muat turun borang PUSPANITA di sini
Kembalikan borang yang telah lengkap diisi kepada wakil bahagian anda.
Ingin memberi komen atau cadangan berkenaan Portal Puspanita SPA? Anda bolehlah berbuat demikian dengan menghantarkan emel kepada.webmaster
Anda pelawat ke:

Sejak September 2008
New Page 1 Tarikh kemas kini:

Portal Rasmi SPA > Puspanita > Tabung Latihan
New Page 2


Latar Belakang
 

Tabung Latihan PUSPANITA (TLP) ditubuhkan pada 1998. Tabung ini telah dilancarkan pada 7 Ogos 1998 oleh Y.A. Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd. Ali selaku Penaung PUSPANITA Kebangsaan pada masa itu.

   
Objektif TLP
  Tabung ini ditubuhkan untuk latihan dan kebajikan semua pelajar Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan keturunan.
     
  Tujuan-tujuan Tabung ini adalah seperti berikut:
 

-

Memberi maklumat berkenaan bidang-bidang kursus dan peluang-peluang pekerjaan kepada pelajar;
 

-

Memberi khidmat kaunseling kerjaya kepada pelajar;
 

-

Mengenalpasti Institusi Pendidikan yang bersedia memberikan kursus;
 

-

Membantu menampung yuran untuk kursus-kursus tertentu.
 
-
Memberi intensif kepada pelajar-pelajar cemerlang; dan
 
-
Membantu dan membiayai lain-lain perbelanjaan yang berkaitan seperti kos perjalanan, sewaan tempat tinggal dan sebagainya.
 
 
Syarat-Syarat Permohonan TLP
 

1.

Bantuan Kewangan Pendaftaran
    a) Permohonan adalah terbuka kepada ahli PUSPANITA yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Kemudahan ini turut dipanjangkan kepada anak-anak ahli;
    b) Permohonan adalah bagi pengajian sepenuh masa;
    c) Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif didalam persatuan;
    d) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tabung Latihan PUSPANITA (BRG.TLP/.09) yang boleh dimuat turun (download) melalui laman web PUSPANITA http://www.puspanita.org.my;
    e) Jumlah pendapatan keluarga tidak melebihi RM7,000.00;
    f) Pengajian adalah diperingkat Sijil/Matrikulasi/Diploma/Ijazah di institut-institut terpilih seperti senarai di Jadual 1;
    g) Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada satu (1) bulan mulai tarikh pendaftaran di IPTA dan lain-lain institusi yang telah diluluskan oleh Tabung Latihan PUSPANITA;
    h) Permohonan hendaklah dibuat melalui Cawangan Kementerian/Negeri; dan
    i) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
      i) Kad Ahli;
      ii) Resit Keahlian Semasa;
      iii) Kad Pengenalan;
      iv) Sijil Kelahiran Anak;
      v) Slip Gaji terkini/kad pencen dan penyata pencen suami dan isteri;
      vi) Surat Tawaran;
      vii) Resit Pembayaran Pendaftaran;
      viii) Muka hadapan buku akaun ahli/slip pengesahan bank;
      ix) *Surat Cerai/Sijil Kematian;
      x) *Surat Pengesahan Pendapatan suami atau isteri yang bekerja sendiri.
      * Mana yang berkaitan
    j) Salinan dokumen-dokumen tersebut hendaklah disahkan oleh :
      i) Pengerusi PUSPANITA Jabatan/Cawangan; atau
      ii) Setiausaha PUSPANITA Jabatan/Cawangan; atau
      iii) Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Jabatan/Cawangan masing-masing; atau
      iv) Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung.
     
     
Untitled Document
 

2.

Bantuan Intensif Pelajar Cemerlang
    a) Permohonan adalah terbuka kepada semua ahli PUSPANITA yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Kemudahan ini turut dipanjangkan kepada anak-anak ahli;
    b) Permohonan adalah bagi pengajian sepenuh masa;
    c) Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif didalam persatuan;
    d) Bantuan intensif ini diberikan hanya bagi pengajian peringkat Sijil/Diploma/Ijazah yang memperolehi CGPA 3.50 dan ke atas di institut-institut terpilih seperti senarai di Jadual 1;
    e) Tiada had pendapatan ibu bapa;
    f) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tabung Latihan PUSPANITA (BRG.TLP/.09) yang boleh dimuat turun (download) melalui laman web PUSPANITA http://www.puspanita.org.my;
    g) Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada satu (1) bulan mulai tarikh keputusan peperiksa akhir dimaklumkan;
    h) Permohonan hendaklah dibuat melalui Cawangan Kementerian/Negeri;
    i) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
      i) Kad Ahli;
      ii) Resit Keahlian Semasa;
      iii) Kad Pengenalan;
      iv) Sijil Kelahiran Anak;
      v) Slip Gaji terkini/kad pencen dan penyata pencen suami dan isteri;
      vi) Surat Akuan Tamat Pengajian daripada institusi;
      vii) Keputusan peperiksaan akhir;
      viii) Muka hadapan buku akaun ahli/slip pengesahan bank;
      ix) *Surat Cerai/Sijil Kematian;
      x) *Surat Pengesahan Pendapatan suami atau isteri yang bekerja sendiri.
      Nota:* Mana yang berkaitan
    j) Salinan dokumen-dokumen tersebut hendaklah disahkan oleh :
      i) Pengerusi PUSPANITA Jabatan/Cawangan; atau
      ii) Setiausaha PUSPANITA Jabatan/Cawangan; atau
      iii) Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Jabatan/Cawangan masing-masing; atau
      iv) Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung.
     
 

3.

Subsidi Pembanguna Kerjaya
    a) Permohonan adalah terbuka kepada semua Cawangan Kementerian dan Cawangan Negeri yang telah berdaftar.
    b) Subsidi Pembangunan Kerjaya Tabung Latihan PUSPANITA hanya diberikan kepada program dan aktiviti yang berbentuk pembangunan kerjaya kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan ke atas sahaja;
    c) Ibu bapa dibenarkan untuk turut serta dalam aktiviti dan program yang dianjurkan;
    d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Disember bagi setiap tahun;
    e) Permohonan yang diterima lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan tidak akan diproses;
    f) Permohonan terbuka untuk program yang dianjurkan oleh Cawangan Kementerian/Negeri sahaja;
    g) Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Kertas Cadangan kepada Setiausaha Jawatankuasa Kerja Tabung Latihan PUSPANITA. Kertas Cadangan tersebut haruslah mengandungi maklumat-maklumat berikut:
      i) Nama Cawangan Kementerian/Negeri;
      ii) Tajuk Program;
      iii) Objektif/Tujuan Program;
      iv) Bilangan Peserta dan Kumpulan Sasaran Yang Mengikut Program;
      v) Penceramah Jemputan;
      vi) Maklumat Aktiviti;
        - Tarikh
        - Masa
        - Tempat
      vii) Atur cara Program;
      viii) Implikasi Kewangan;
      ix) Tandatangan Pengerusi atau Setiausaha Cawangan Kementerian/Negeri;
      x) Format Kertas Cadangan seperti berikut :
        - Saiz Font 12
        - Font Arial
        - 1.5 Spacing
        (Contoh Kertas Cadangan seperti di Lampiran)
    h) Semua Cawangan Kementerian/Negeri yang telah berjaya mendapat Subsidi, perlu mengemukakan laporan penuh aktiviti/program kepada Setiausaha Jawatankuasa Kerja Tabung Latihan PUSPANITA selepas dua (2) minggu dianjurkan. Laporan tersebut mestilah mengandungi laporan kewangan yang melibatkan pelbagai perbelanjaan serta dilampirkan semua resit dan invois yang berkaitan.
     
Hak PUSPANITA
 

1.

Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada dan keputusan adalah muktamad;
 

2.

PUSPANITA berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis terlebih dahulu;
 
3.
PUSPANITA berhak menarik balik bantuan sekiranya didapati pemohon memberi maklumat palsu; dan
 
4.
PUSPANITA berhak menolak permohonan yang tidak lengkap, tidak menepati garis panduan, dan tidak memenuhi syarat kelayakan sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.
     
Urus Setia Tabung Latihan PUSPANITA
  Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Borang Permohonan Bantuan Kewangan Pendaftaran/Borang Permohonan Intensif Pelajar Cemerlang/Kertas Cadangan ke alamat berikut :
    Setiausaha,
Jawatankuasa Kerja,
Tabung Latihan PUSPANITA,
Rumah PUSPANITA,
JKR 5171,
Jalan Hose,
50460 Kuala Lumpur.
     
    (u.p.: Puan Salbiah Ibrahim)
     
    Telefon : 03-2617 6089
    H/P      : 012-6641 520
Jadual 1 - Senarai IPTA/ Institut di bawah Kementerian
Borang Permohonan Tabung Latihan PUSPANITA
Contoh Kertas Cadangan Permohonan Subsidi Pembangunan Kerjaya
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari
Google

WWW
www.spa.gov.my
New Page 3

Pautan Puspanita

 Puspanita Kebangsaan
 Jab. Perdana Menteri
 Jab. Perkhidmatan
 Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
PUSPANITA Cawangan Kecil SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
No. Tel: 603 - 8885 6000 | Faks: 603 - 8888 5041

PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.