Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi SPA
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036         Maklumat berkaitan bantuan W3C Disability Access

Pengenalan SPA  |  Perkhidmatan Utama  |  Piagam Pelanggan  |  Panduan  |  Web Mail  |  Emel/Telefon  |  Hotline SPA  |  Galeri Bahasa
Inggeris
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Panduan
 KPSL
 SMSM
 Peperiksaan
 Temu Duga
 Tatatertib
 Kelayakan STPM
 Kelayakan STAM
 Separa Perubatan
 Call Letter
 Mohon Online
 Kategori Ketidakupayaan
Portal Rasmi SPA > Panduan > Mohon Online
Panduan Memohon Online

PANDUAN PERMOHONAN JAWATAN MELALUI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i)

Peringatan
1. Pemohon yang mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) hanyalah mereka yang benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan-jawatan Awam di Malaysia.
   
2. Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi dalam Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i). Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan Undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989).
   
Keterangan Am
1. Pemohon boleh memohon sehingga lima (5) jawatan/latihan dengan menggunakan satu borang sahaja. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan akan dipanggil temu duga apabila ada kekosongan.
   
2. Permohonan yang lengkap akan diproses dan didaftarkan dalam Bank Data Berkomputer SPA. Pemohon yang memohon melalui portal SPA juga boleh menyemak di status pendaftaran di portal SPA setelah 3 hari bekerja dengan menaipkan no Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan.
   
3. TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama satu (1) tahun dari tarikh permohonan didaftarkan oleh SPA. Selepas tamat tempoh sah laku, sekiranya masih berminat berdaftar dengan SPA, calon-calon hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) melalui portal SPA.
   
4. Calon-calon yang ingin meminda alamat surat-menyurat dan/atau pusat temu duga/pusat ujian khas yang dipilih boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat kepada SPA atau melalui email. Surat tersebut hendaklah menyatakan nama, no. kad pengenalan dan tujuannya. Calon-calon yang ingin meminda maklumat lain hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA 8i).
   
5. Pemohon dinasihatkan untuk menghantar sekali sahaja permohonan kepada SPA melalui Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA 8i) dalam jangka masa setahun. Perbuatan mengulangi penghantaran permohonan akan menyebabkan maklumat anda (termasuk jawatan yang dipohon) sentiasa diperbaharui, manakala perbuatan mengulangi permohonan berulang-ulang kali berturut-turut boleh memungkinkan anda tidak akan dipanggil temu duga dalam jangka waktu yang lama.
   
Arahan mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) melalui portal SPA
1. Mulakan dengan memilih butang bagi kelayakan sijil tertinggi anda iaitu sama ada Ijazah/Sarjana/Phd, Ijazah & Diploma Atau Ijazah & STPM/STAM, Diploma/Sijil, STPM/STAM/HSC, SPM/Latihan Separa Perubatan (SPM/PMR) atau Berkhidmat/KPSL. Butang-butang pilihan ini  akan menentukan jawatan-jawatan yang anda layak memohon.
   
2. Muka surat borang akan terpapar. Sila isikan Nombor Kad Pengenalan anda iaitu kedua-dua nombor kad pengenalan baru dan lama. Bagi calon-calon yang tidak mempunyai salah satu kad pengenalan tersebut, mereka wajib mengisi salah satu daripada mana-mana kad pengenalan yang mereka ada.
   
3. Anda wajib memilih jawatan-jawatan yang layak dipohon pada ruangan Jawatan 1. Anda dibolehkan untuk memenuhi ruangan Jawatan 2 hingga 5 dan jawatan yang anda pilih hendaklah tidak berulang.
   
4. Ruangan pusat temu duga/ujian dipilih, nama pemohon, tarikh lahir, negeri tempat lahir, jantina, taraf perkahwinan, keturunan, agama, kewarganegaraan, tempat lahir ibu, tempat lahir bapa dan alamat surat-menyurat adalah wajib dipenuhi oleh setiap pemohon.
   
5. Bagi calon yang istimewa, anda dikehendaki mengisi ruang kecacatan.
   
6. Keputusan bahasa Melayu Tingkatan 5 wajib diisi oleh calon kelayakan ijazah, diploma, SRP dan Bakat. Manakala calon kelayakan SPM diwajibkan mengisi kesemua butir-butir Keputusan Tingkatan 5 (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM).
   
7. Kesemua ruangan Kelulusan Pengajian Tinggi (Ijazah/Diploma/Sijil yang telah diperolehi) diwajibkan untuk diisi oleh calon-calon yang telah memperolehi Ijazah tersebut. Calon yang belajar di institusi dalam negara mengisi di ruangan Universiti tempatan dan calon bekas pelajar di institusi luar negara adalah sebaliknya. Sekiranya calon tidak dapat mengenalpasti tarikh lulus pengajian anda, sila isikan tarikh konvokesyen anda. 
   
8. Sekiranya hanya satu Ijazah yang telah diperolehi, anda dikehendaki hanya mengisi satu sahaja ruang sahaja. Begitulah seterusnya. Anda tidak dibenarkan mengulangi maklumat kerana ini akan memungkinkan proses permohonan anda terjejas.
   
9. Bagi calon-calon memilih butang Diploma/STP/STPM/STAM/HSC pada permulaan pemilihan borang, anda hendaklah mengisi ruang Keputusan Peperiksaan Tingkatan 6 bagi mereka yang telah menduduki peperiksaan tersebut. Manakala calon-calon berkelulusan Diploma hendaklah mengisi pada ruang Kelulusan Pengajian Tinggi.
   
10. Calon-calon dikehendaki mengisi ruangan-ruangan lain sekiranya berkenaan.
   
11. Pastikan ruangan-ruangan yang diisi adalah tepat dan betul. Segala maklumat yang dihantar adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.
   
12. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan borang anda tidak akan diproses.
   
13. Paparan ucapan 'Permohonan anda telah didaftarkan' akan terpapar jika maklumat anda tiada kesilapan.
   
14. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.
   
Sebarang pertanyaaan/komen mengenai permohonan jawatan melalui Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA 8i) sila email : ePertanyaan
   
[Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA 8i)]
   

 
Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari

www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pensijilan MS ISO 9001:2008
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
MyRecruitment
 
Pekeliling SPA
Dasar-Dasar Utama/Pekeliling SPA
 
Menu Pautan
 Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
 Portal Rasmi Perdana Menteri Malaysia
 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
 MSC Malaysia
 Intranet SPA
Semak Melalui SMS 39111
Semak Melalui TeleSPA 600-83-7979
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
 
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
 
Dasar Privasi    Dasar Keselamatan    Webmaster     Jawatankuasa Portal     Peta Laman

Penafian: Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.