a:
Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir Gred :
N27
Kumpulan
: Sokongan
Kem./Jab.
: Jabatan Perkhidmatan Awam/
Kementerian Pertahanan
Jadual Gaji :
P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13
- P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73
- P3T26 RM3405.26
Syarat Lantikan:
i) STPM atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan
ialah pada Gred N27: P1T1 RM1204.55]; atau
ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran
Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji permulaan
ialah pada Gred N27: P1T5 RM1470.75]; atau
iii) Diploma dalam bidang Pengurusan
Harta Benda yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan
ialah pada Gred N27: P1T6 RM1537.30]; dan
iv) kepujian B.M. (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara
Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak
dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan
Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)(i) mempunyai kelayakan
di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan
Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54
tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja
yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan,
pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan
majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.