i) STPM atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
atau
ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran
Awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji permulaan
ialah pada Gred W27: P1T5 RM1475.29]; dan
iii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara
Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan
Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan
seperti di atas ; atau
ii) lulus Peperiksaan
Khas.
iii) berumur kurang dari 54
tahun pada tarikh lantikan
Deskripsi Tugas:
- Menyediakan laporan-laporan
harga serta menyelenggara doket-doket
harga agensi, surat-surat
pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
- Membantu dalam tugas-tugas
penjenisan barang-barang dan taksiran
harga barang-barang
bagi tujuan pungutan duti.
- Mengawal pergerakan barang-barang
kedai-kedai bebas cukai, memproses
permohonan-permohonan
pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
- Mengawal perolehan, penyimpanan
serta pelupusan barang-barang
rampasan dalam stor-stor
pencegah.
- Menyemak invois-invois syarikat
bagi menentukan peraturan-peraturan
cukai jualan dipatuhi.
- menyelenggara penyata-penyata
bayaran cukai jualan/cukai
perkhidmatan/kad-kad
lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan
menjalankan tugas-tugas
penguatkuasaan perkastaman yang lain.