Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
a.  Jawatan : Pembantu Penguasa Kastam
    Gred  : W17
    Kumpulan : Sokongan
    Kem./Jab. : Kastam Diraja Malaysia
    Jadual Gaji :

    P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
    P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
    P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Syarat Lantikan:

(i)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; dan

 

 

(ii)

kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport/eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar/ masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.