a.
Jawatan : Penguasa Kastam
Gred : W41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia
Jadual Gaji :
P1T1 RM1702.81
- P1T27 RM4688.95
P2T1 RM1798.82
- P2T27 RM4968.61
P3T1 RM1899.01
- P3T27 RM5255.39
Syarat
Lantikan:
i) Ijazah Sarjana Muda yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji permulaan
ialah pada Gred W41: P1T3 RM1886.49]; atau
iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji permulaan
ialah pada Gred W41: P1T4 RM1978.33]; atau
iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji permulaan
ialah pada Gred W41: P1T8 RM2345.69]; atau
v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas
Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan
ialah pada Gred W41: P1T8 RM2345.69]; atau
vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
yang diiktiraf oleh Kerajaan serta
menjadi Ahli
Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
kerajaan.
[Gaji permulaan
ialah pada Gred W41: P1T9 RM2437.53]; atau
vii)Ahli Penuh Institut Akauntan
Malaysia.
[Gaji permulaan
ialah pada Gred W41: P1T10 RM2529.37]; dan
viii)lulus B.M. (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara
Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan
Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan
Penguasa Kastam Gred W41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan di atas
; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas;
dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun
pada tarikh lantikan.
Deskripsi
Tugas:
Memperjeniskan barang-barang mengikut
tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan,
memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang
berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu
masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
Mengaudit akaun syarikat-syarikat
yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan
untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
Memproses permohonan mendapatkan
pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang
berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses
permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan
siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan
dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah
dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.