Your Voice - Year 2015

List of opinions/ suggestions/ questions below are from public who have submitted to improve quality of services. Thank you for your support.

 
NO. USER OPINIONS / SUGGESTIONS / QUESTIONS FEEDBACK / ACTION
1. SHARINA ABDUL RANI Saya ingin bertanya. Sekiranya status "MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA " dan Tarikh Tutup Urusan adalah pada 08/01/2015 untuk jawatan PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH GRED S27.
sekiranya jawatan ini telah diisi dan ditutup;
1. Adakah calon akan dimaklumkan jika tidak berjaya dengan menukar status urusan?
2. Ataupun Ia kekal seperti itu sehingga masa hadapan apabila kekosongan jawatan itu dibuka semula?

Sekian terima kasih
Salam sejahtera.

Tuan/puan,

Dimaklumkan bahawa calon yang melepasi tapisan merupakan calon yang memenuhi syarat skim dan melepasi asas tapisan yang dikenakan. Urusan tersebut kini di peringkat akhir. Sekiranya nama calon disenarai pendek, maka calon akan dijadualkan untuk menduduki peperiksaan / program penilaian / temuduga. Calon yang berjaya dipanggil bagi urusan tersebut akan dihubungi melalui surat secara rasmi dari SPA dan juga akan dipaparkan di portal rasmi SPA. Oleh itu, dinasihatkan agar tuan/puan melayari laman web SPA dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini.

Sekian, terima kasih.
2. SITI RATMAH BINTI SALIH PENUSOL ASSALAMMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SAYA INGIN BERTANYA BILAKAH PENGAMBILAN UNTUK JAWATAN PENOLONG PEGAWAI IMIGRESIN GRED 27 BERMULA. SEKIAN. Salam sejahtera.

Tuan,/Puan,

Dimaklumkan bahawa urusan pengisian jawatan tersebut akan dilaksanakan sejurus sahaja permohonan pengisian diterima daripada pihak kementerian/jabatan. Sekiranya tuan/puan memenuhi syarat skim dan melepasi tapisan yang ditetapkan, maka tuan/puan akan dipanggil ke urusan ujian/temuduga.

2. Oleh itu, dinasihatkan agar tuan/puan melayari laman web SPA dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini.

Sekian, terima kasih
3. MUHAMMAD BAHA BIN MOHD ROSLAN 1.ADAKAH LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL SEPERTI LATIHAN JURURAWAT MASYARAKAT,LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN DAN LATIHAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM PERLU MENDUDUKI UJIAN KHAS /EXAM ONLINE SEBELUM DI PANGGIL TEMUDUGA @ TERUS DIPANGGIL TEMUDUGA..BAGI BULAN JULAI .SILA JELASKAN.

2.BILAKAH TARIKH SEBENARNYA TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN BAGI AMBILAN BULAN JULAI?
Salam sejahtera,

1. Calon yang melepasi syarat semasa yang ditetapkan bagi Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil hanya perlu menjalani sesi temu duga sahaja.

2. Tarikh penjadualan temu duga Latihan Separa Perubatan bagi urusan pengambilan Julai 2015 adalah seperti dibawah :
- Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil : 02/03/2015 - 13/03/2015
- Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma : 30/03/2015 - 10/04/2015

Sekian, terima kasih.
4. NORANIRAH BINTI NORSIDI Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia. Saya penama di atas ingin bertanya mengenai jawatan Pembantu Operasi Gred N11. Saya ada memohon jawatan Pembantu Operasi Gred N11 dan status urusan melepasi syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya. Adakah temuduga bagi jawatan tersebut telah dijalankan oleh SPA? Sekian, terima kasih. Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa saudari telah melepasi syarat semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya untuk dipanggil temu duga bagi jawatan PEMBANTU OPERASI GRED N11 dan ianya masih dalam proses penjadualan temu duga.

Calon yang berjaya untuk panggilan temu duga akan dimaklumkan melalui surat panggilan temu duga, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), email dan juga boleh disemak di portal SPA di pautan Semakan Penjadualan Temu Duga. Ini adalah cara terbaik untuk tidak terlepas dari menghadiri sesi temu duga yang dijalankan. Oleh itu, dinasihatkan agar saudari melayari portal SPA dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini.

Dimaklumkan, calon yang menghadiri temu duga akan dipertimbangkan dengan adil dan saksama berdasarkan kompetensi dan prestasi semasa ditemu duga. Hanya calon yang memiliki penilaian tertinggi akan diperakukan Lembaga Temu Duga untuk dilantik bagi sesuatu jawatan. Diharap saudari dapat membuat persediaan yang rapi dalam temuduga yang bakal dihadiri kelak dan kami ucapkan semoga berjaya!

Sekian, terima kasih.
5. NOR HERDAWATI BINTI AWANG SAYA SEPERTI NAMA DI ATAS INGIN MEMOHON PERTUKARAN TEMPAT TEMUDUGA.SAYA TELAH MENERIMA PANGGILAN TEMUDUGA BAGI JAWATAN SEPARA PERUBATAN DARI PIHAK TUAN YANG BERTARIKH 15 APRIL 2015 BERTEMPAT DIPUSAT TEMU DUGA SPA ALOR SETAR, KEDAH TINGKAT 8, WISMA PERSEKUTUAN, JALAN KAMPUNG BARU, 05000 ALOR SETAR, KEDAH.SAYA MEMOHON UNTUK MENUKAR TEMPAT TEMUDUGA SAYA DI MELAKA.SAYA MEMOHON MAAF DI ATAS KESULITAN DARI PIHAK SAYA.KERJASAMA DARI PIHAK TUAN SAYA DAHULU KAN DENGAN UCAPAN RIBUAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH. Salam sejahtera,

Berkenaan pertukaran tarikh/tempat temu duga adalah dimaklumkan bahawa puan boleh mengemukakan emel kepada Puan Fathin Soraya (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) beserta alasan yang kukuh. Pertukaran adalah tertakluk kepada persetujuan Suruhanjaya.

Sila kemukakan maklumat berikut untuk rujukan :
Nama:
No. Kad pengenalan:
Jawatan yang dipanggil temu duga:
Tarikh / Tempat temu duga yang ingin dipohon:
Sebab pertukaran beserta dokumen lampiran:

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Fathin Soraya di talian 03-8885 6252 atau unit sokongan Bahagian Pengambilan Khas ditalian berikut; 03-88856266 / 6273 / 6299 / 6283 / 6438 / 6289 ( Unit Temuduga)

Sekian, terima kasih.
6. SITI ZURIATI BINTI ABDULLAH ZAWAWI Salam..
Saya mendapat panggilan pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan N41 (Pegawai Penguatkuasa KPDNKK) pada 8hb Jan 2015. Sekarang saya hamil 15minggu. adakah pihak tuan memberi pengecualian pada wanita hamil atau saya perlu juga hadir pd hari ujian tersebut. terima kasih.
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Terima kasih atas maklum balas puan.

Sekiranya puan berminat menjalani proses pemeriksaan fizikal, mohon kerjasama puan untuk membawa buku temu janji klinik. Walau bagaimanapun, ingin dimaklumkan bahawa calon mengandung tidak digalakkan untuk terus ke peringkat berkawad dan kecergasan.

Sebagai salah satu syarat kelayakan, calon adalah diwajibkan LULUS untuk semua item daripada peringkat awal iaitu pemeriksaan pancaindera sehingga ujian kecergasan untuk melayakkan diri ke peringkat temu duga. Manakala, di peringkat kecergasan tersebut calon perlu membuat larian 2.4 KM, bangkit tubi, lompat berdiri dan larian ulang alik.

Untuk makluman puan, pihak SPA tidak akan senaraihitamkan calon yang tarik diri/tidak hadir ke urusan ini. Puan akan dipanggil semula bagi urusan yang akan datang mengikut syarat-syarat semasa suruhanjaya.

Sekian, terima kasih.
7. AINI ANAK ACHONG Salam 1 Malaysia. Terima kasih kepada pihak SPA kerana menyediakan kemudahan yang sewajarnya untuk memudahkan orang awam mengetahui peluang pekerjaan di dalam sektor awam khususnya kepada remaja dan belia yang sedang mencari pekerjaan. Melalui keluhan yang saya dengar daripada peserta peperiksaan, pendapat saya ialah  supaya peperiksaan yang diduduki secara online dijalankan dengan lebih sistematik kerana masalah kami di Sarawak khususnya dari kawasan luar bandar sukar untuk mendapat talian internet yang baik. Akibatnya talian internet yang tidak baik ini, soalan  peperikasaan tidak  dapat diakses dan terlepas masa pula. Untuk mendudukinya semula tidak dapat kerana masa telah peperiksaan tamat. Ini menyebabkan mereka yang menduduki peperikaan ini terlepas peluang. Oleh itu kita mohon supaya pihak SPA mencari cara yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

Puan,

Terima kasih atas keperihatinan puan terhadap perkara ini. Pihak SPA ambil maklum dan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua calon. Dengan komen yang membina daripada calon membolehkan pihak kami mengenalpasti permasalahan calon. Tindakan yang sewajarnya akan kami usahakan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.
8. MOHD SUHAIDI BIN IBRAHIM

SAYA SEPERTI NAMA DIATAS TELAH MENDAPAT PANGGILAN UNTUK PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN PENOLONG PENGUASA BOMBA GRED KB29 DAN PUSAT PEPERIKSAAN DI KOTA BHARU, KELANTAN TARIKH 22/3/2015

SAYA MENGHADAPI KESUKARAN UNTUK PULANG KE KELANTAN BAGI MENGHADIRI PEPERIKSASAN YANG DIJALANKAN. OLEH SEBAB ITU SAYA INGIN MEMINTA UNTUK PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN  KE PUTRAJAYA

DIHARAP PIHAK TUAN BOLEH MEMBERI KEBENARAN PADA SAYA UNTUK MENUKAR PUSAT TEMUDUGA YANG AKAN DIJALANKAN PADA 22/03/2015 INI.

JASA BAIK TUAN AMAT SAYA HARGAI. TERIMA KASIH,

ASSALAMUALAIKUM TUAN,

URUSAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA BOMBA GRED KB29

DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN TUAN UNTUK BERTUKAR PUSAT TELAH DILULUSKAN. SILA HADIRKAN DIRI PADA TARIKH DAN TEMPAT SEPERTI BERIKUT:

NAMA     :  MOHD SUHAIDI BIN IBRAHIM
NO K/P   :  810403036169
TARIKH   :  22 MAC 2015
HARI        :  AHAD
TEMPAT   : JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PERSINT 7,
62250 PUTRAJAYA

SILA BAWA BERSAMA SURAT PANGGILAN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN PENOLONG PENGUASA BOMBA GRED KB29 PADA HARI TERSEBUT

HARAP MAKLUM
9. NURHAFIZAH BT MOHAMED SALIM

Berhubung dengan perkara diatas saya ingin membuat pertanyaan, jika lulus Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam berapa lamakah tempoh sah laku Peperiksaan tersebut?

Sekian Terima Kasih.

Puan,

Tempoh sah laku adalah 2 tahun. Namun yang demikian tertakluk sekiranya ada permohonan perubahan daripada Jabatan/ Kementerian dan mendapat kelulusan Suruhanjaya.

Sekian, terima kasih.
10. MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN SAMIUN Salam sejahtera, seperti tertera di atas, saya telah lupa kata laluan saya, dan apabila saya cuba untuk mensetkan semula, saya tidak berjaya,, ini kerana ditulis nama ibu pemohon atau negeri kelahiran tidak wujud/tidak betul. saya telah memasukkan dengan betul, tetapi tidak berjaya.

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan e-Pertanyaan SPA. Sekiranya tuan/puan terlupa kata laluan, sila BERIKAN No KP, Nama Penuh, Nama Ibu dan Negeri Kelahiran tuan/puan untuk semakan SPA atau anda cuba masukkan nama ibu (first name) sahaja. Tiada lagi penghantaran emel untuk pengaktifan akaun, emel hanya digunakan sekiranya tuan/puan melepasi syarat tapisan serta dipanggil untuk menduduki peperiksaan atau temuduga.

Sekian, terima kasih.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.