April 2015 - Aktiviti 35
- Setiausaha Bahagian PM Bersara Wajib
PUTRAJAYA 26 April ----- Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Tuan Haji Kamarudzzaman Hassan bersara wajib mulai 26 April 2015. Satu majlis ringkas sempena persaraannya telah diadakan pada Jumaat lepas. Majlis turut dihadiri Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi, Dato’ R. Segarajah. Hadir sama pegawai-pegawai kanan serta warga Bahagian Pengurusaan Maklumat. Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Kamarudzzaman mengucapkan terima kasih kepada warga S.P.A kerana memberi kerjasama kepada beliau dalam menjalankan tugas-tugas selama berada di S.P.A. ----- MediaSPA