Juru X-Ray Gred U41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi, pengimejan perubatan, radiografi, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)

 
(ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
DESKRIPSI TUGAS :
  1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
    • Menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.
    • Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.
  2. Fungsi Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu
    • Menggunakan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan.
    • Menjalankan ujian peralatan mengikut jadual yang ditetapkan.
  3. Fungsi Pengurusan
    • Memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.
  4. Latihan dan Penyelidikan
    • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Juru X-Ray semasa penempatan klinikal.
    • Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dikenalpasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan.
  5. Tugas-Tugas Sokongan
    • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan ketua jabatan dan pegawai atasan.