Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka Pulau Pinang dan Perlis.
  • Bertanggungjawab kepada:
    1. Pengarah/Setiausaha Bahagian
    2. Ketua Penolong Pengarah/Ketua Penolong Setiausaha
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00 RM9,544.00 RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau

 
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86).

 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
     
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  
     
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau  
  lulus Peperiksaan Khas; dan  
(b) had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
     
DESKRIPSI TUGAS :  
Mengetuai satu unit kecil/pasukan kerja sama ada dalam pengurusan dakwah/latihan/penyelidikan/penguatkuasaan undang-undang/pengurusan dan pengimarahan masjid/pengurusan Baitulmal/pengurusan halal.  
   
SENARAI TUGAS :  
  1. Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  2. Bertanggungjawab menguruskan program keagamaan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  3. Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  4. Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  5. Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  6. Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  7. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Â