Pegawai Hidupan Liar Gred G41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,084.00 RM9,551.00 RM225.00

 
 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) ijazah sarjana muda sains dalam bidang zoologi, biologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,084.00); atau

 
(ii) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang zoologi, biologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,288.16); atau

 
(iii) Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37)

 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN  
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hidupan Liar adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hidupan Liar Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan  
(b) had umur pelantikan:  
 
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
 
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta membuat kawalan, penyelidikan dan penyusunan hidupan liar.
    Â