Bahagian Pengambilan Khas

   
  • Bahagian Pengambilan Khas bertanggungjawab untuk memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim, menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan pelantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan kontrak atau tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa dan perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian ini juga menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah bagi kelayakan PT3/PMR dan SPM/SVM) di pelbagai Kementerian dan Jabatan dengan sempurna dan cekap dalam masa yang ditetapkan.

 

  • Menyediakan maklumat bagi penyiaran iklan bagi jawatan Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah bagi kelayakan PT3/PMR dan SPM/SVM) dalam Perkhidmatan Awam dan Latihan Separa Perubatan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia;
  • Memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim;
  • Menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan pelantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan kontrak atau tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa dan perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia; dan
  • Menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah bagi kelayakan PT3/PMR dan SPM/SVM) di pelbagai Kementerian dan Jabatan.

 

  • Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji:-
    • Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PSEE dalam tempoh 19 Minggu;
    • Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PAC dalam tempoh 22 Minggu;
    • Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PSEE dan PAC dalam tempoh 23 Minggu;
    • Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PSEE dan UKJK dalam tempoh 24 Minggu;
    • Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PSEE, Fizikal dan Pancaindera dalam tempoh 25 Minggu;
    • Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PSEE, UKJK dan PAC dalam tempoh 29 Minggu;
    • Mengemukakan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dari tarikh penerimaan permohonan bagi jawatan yang melibatkan urusan PSEE, Ujian Fizikal & Pancaindera dan PAC dalam tempoh 30 Minggu;
    • Mengemukakan pelantikan kontrak dan tetap separa perubatan bagi pelatih – pelatih separa perubatan yang telah tamat latihan setelah menerima perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tempoh 4 Minggu; dan
    • Memaklumkan keputusan temu duga kepada calon selepas tarikh akhir urusan temu duga tersebut dilaksanakan dalam tempoh 4 Minggu.

 

  • Unit Pentadbiran
    • Menguruskan hal ehwal pentadbiran, sumber manusia, kewangan bahagian dan urus setia mesyuarat Bahagian.
  • Unit Separa
    • Menguruskan pengambilan pelatih bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM);
    • Mengemaskini maklumat status pelatih Latihan Separa Perubatan yang lapor diri, tidak lapor diri/ menolak tawaran melalui maklumat yang diterima daripada KKM;
    • Menguruskan pelantikan tetap/kontrak bagi pelatih yang telah tamat Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); dan
    • Menguruskan penentuan status tawaran lantikan kontrak bagi pelatih Latihan Separa Perubatan yang menghidap masalah kesihatan.
  • Unit Tawaran
    • Semakan laporan temu duga dan penyediaan Kertas Pertimbangan Suruhanjaya;
    • Kemas kini status calon ke dalam sistem dan pemakluman keputusan temu duga melalui Portal SPA; dan
    • Penyediaan surat tawaran lantikan kepada calon dan Kementerian/Jabatan melalui sistem mySTP.
  • Unit Proses / Jadual
    • Mengurus dan memproses permohonan ePengisian bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah) dan seterusnya menyediakan Pra Penyata Lembaga Permulaan (PLP), Penyata Lembaga Permulaan (PLP), Cadangan Jadual Lembaga Temu duga (LTD) dan semakan kuota lantikan serta kuota simpanan untuk proses temu duga.
  • Unit Pendaftaran/ Aduan
    • Menerima, menyemak dan mengemaskini maklumat pendaftaran Borang SPA8i calon; dan
    • Menjawab pertanyaan/aduan calon yang dikemukakan melalui Sistem ePertanyaan/ emel/ surat rasmi dan panggilan telefon.
  • Unit Temu Duga
    • Menyelaras urusan temu duga dari aspek penetapan Pusat Temu Duga dan pelantikan Panel Temu Duga;
    • Memproses maklumat calon dalam sistem bagi penyediaan pakej temu duga, pemakluman panggilan temu duga kepada calon melalui portal,emel dan FB SPA;dan
    • Menguruskan sesi taklimat Panel Temu Duga, bertindak sebagai Urus Setia bagi Pusat Temu Duga di Putrajaya dan luar Putrajaya.
  • Unit Kontrak
    • Urusan pelantikan secara kontrak bagi kumpulan pelaksana Gred 28 dan ke bawah melibatkan urusan pelantikan baharu dan semula pegawai kontrak; dan
    • Menyediakan Kertas Suruhanjaya, menguruskan surat kelulusan perakuan kepada Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) selepas diluluskan Mesyuarat KSJ, menguruskan fail-fail kontrak dan menyediakan Laporan Statistik bagi pelantikan secara kontrak setiap bulan.

Â