Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    3. Diploma dalam bidang teknologi makmal perubatan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
    4. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    1. Kajian/Penyelidikan.
      1. Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.
      2. Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.
      3. Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.
    2. Pentadbiran
      1. Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.
      2. Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.
      3. Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).
      4. Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.
      5. Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.
      6. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.