Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)

 
(ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan menilai program:
  1. Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Bawaan Vektor)
  2. Keselamatan dan kualiti makanan.
  3. Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM)
  4. Perundangan dan Penguatkuasaan
  5. Pengurusan dan analisis data
  6. Promosi kesihatan dan risiko komunikasi
  7. Merancang keperluan sumber manusia, kewangan dan logistik
  8. Penyelidikan dan pembangunan
  9. Merancang program intervensi