Pegawai Penerangan Gred S41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Penerangan Malaysia / Unit Komunikasi Korporat Agensi, Jabatan dan Kementerian
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00 RM9,544.00 RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)

 

 
(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau

 
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau

 
(iii) ijazah sarjana muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau

 
(iv) ijazah sarjana muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
     
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  
     
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN  
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
(a)
  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
 
(b) had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
     
DESKRIPSI TUGAS :
PERINGKAT ORGANISASI
Jabatan Penerangan Malaysia
     
SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS  
Aspek kewangan dan personel  
(a) Melaksanakan perbelanjaan mengurus tahunan bahagian, negeri dan daerah;  
(b) Menyediakan belanjawan mengurus tahunan;  
(c) Menjadi penilai bagi pergerakan gaji tahunan pegawai;  
(d) Mengurus hal ehwal urusan perkhidmatan dan kursus pegawai; dan  
(e) Memastikan semua arahan dan pekeliling dipatuhi dan dilaksanakan.  
     
Aspek operasi  
(a) Menyediakan rangka kerja kempen dan pembentukan networking;  
(b) Menyediakan dan merangka polisi / dasar di peringkat Jabatan yang berkaitan dengan aktiviti penyebaran maklumat mengenai falsafah, dasar dan wawasan Negara melalui pendekatan komunikasi bersemuka, media cetak dan elektronik;  
(c) Memastikan pelaksanaan program dan aktiviti di peringkat negeri, bahagian dan daerah dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan; dan  
(d) Memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program, aktiviti yang dirancang di peringkat bahagian, negeri dan daerah dilaksanakan.  
     
Aspek perancangan  
(a) Melaksanakan program dan aktiviti di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah melalui komunikasi bersemuka, perhubungan awam dan komunikasi visual;  
(b) Menyelaras dan mengawalselia program dan aktiviti penyebaran maklumat di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan antarabangsa;  
(c) Melaksanakan secara bersepadu program dan aktiviti mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat yang berbilang kaum bagi memupuk semangat cintakan Negara;  
(d) Melaksanakan program dan aktiviti untuk memupuk persefahaman dan keharmonian rakyat melalui rangkaian agen perubahan mengikut kualiti dan keutamaan Jabatan; dan  
(e) Menjalankan aktiviti dan perancangan strategik berkenaan perhubungan awam, media dan publisiti.  
     
Aspek penyelidikan dan pembangunan  
(a) Menilai dan memperkukuhkan rangkaian strategi, program dan aktiviti bahagian, negeri dan daerah ke arah memenuhi keperluan stakeholder dan kumpulan sasaran;  
(b) Mengkaji, mengubal dan menilai maklumbalas mengenai pelaksanaan program dan aktiviti dalam bidang penerangan;  
(c) Membangunkan sistem rangkaian dan jaringan penyebaran maklumat dan pengumpulan maklumbalas secara sistematik;  
(d) Menilai, menyelidik dan membangunkan pelan strategi dan program yang dilaksanakan secara bersepadu selaras dengan perubahan dan persekitaran semasa; dan  
(e) Menilai, merancang strategi dan program pemantauan terhadap pendapat dan maklumbalas awam mengenai isu-isu semasa sama ada di peringkat kebangsaan, bahagian, negeri dan daerah.  
     
Aspek latihan  
(a) Menjalankan program latihan kepada kakitangan bahagian, negeri dan daerah mengikut keperluan dan kemahiran;  
(b) Melaksanakan program keperluan tenaga manusia Jabatan agar mencapai matlamat dan objektif Jabatan;  
(c) Merangka program latihan kakitangan mengikut perkembangan semasa; dan  
(d) Mengkaji keperluan dan permintaan program latihan kakitangan di bawah Dasar Latihan.  
     
Lain-lain skop tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa.  
     
PERINGKAT ORGANISASI  
Unit Komunikasi Korporat
Agensi, Jabatan Dan Kementerian
 
     
SKOP FUNGSI DAN TUGAS  
(a) Sebagai “Focal Point” kementerian dan agensi dalam penyampaian dan penyaluran maklumat diperingkat kementerian, nasional dan antarabangsa.  
(b) Penyelarasan majlis / program / aktiviti secara kerjasama strategik dengan lain-lain kementerian dan agensi.  
(c) Melaksanakan program perhubungan awam kerajaan.  
(d) Membantu pengurusan lawatan rasmi kementerian.  
(e) Melaksanakan penerbitan-penerbitan bercetak dan digital secara berkala (Majalah, Buku Kecil, Laporan Tahunan, Koleksi Ucapan).  
(f) Membantu pengurusan acara rasmi kementerian.  
(g) Menyelaras dan memantau pengurusan aduan, pertanyaan dan khidmat pelanggan.  
(h) Mengendalikan urusan berkaitan pentadbiran dan kewangan.  
(i) Memantau dan mengurus isu berbangkit dan penyediaan maklumbalas di media cetak, media elektronik dan media sosial.  
(j) Merancang dan mambangunkan kandungan kreatif untuk penerbitan konvensional dan digital.  
(k) Membina hubungan bersama pihak media dan influencer media.  
(l) Melaksanakan pengurusan media kementerian.  
(m) Melaksanakan pemantauan berita-berita di media massa dan media sosial.