April 2013 - Aktiviti 10

  • ASPA Anjur Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Di Sektor Awam


    SPA 14 April ----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (ASPA) telah menganjurkan Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Di Sektor Awam. Seminar yang diadakan selama 3 (tiga) telah diadakan di Dewan Temu Duga S.P.A Putrajaya pada Rabu lepas dan dihadiri 960 peserta dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Antara pegawai-pegawai yang terlibat menyampaikan taklimat kepada peserta ialah Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd Shaiful Ibrahim, Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan, Encik Anuar Othman dan Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Muhammad Ikhwan Tamat. Dua sesi taklimat yang disampaikan kepada peserta ialah mengenai Urusan Pengambilan Dan Penilaian Kompetensi SPA, serta Kaedah Temu Duga di S.P.A. -----MediaSPA

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10