April 2013 - Aktiviti 7

  • Lawatan Kerja Tan Sri mahmood Adam Ke Pusat Temu Duga SPA Di Kuala Lumpur


    KUALA LUMPUR, 11 April ----- Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah membuat lawatan kerja ke Pusat Temu Duga S.P.A Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur semalam. Lawatan selama 2 jam itu turut diiringi oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Abdullah Tahir dan Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah. Tan Sri Mahmood Adam juga turut melapangkan masa bertanya khabar kepada calon-calon yang hadir untuk sesi temu duga, melihat ruang bilik temu duga serta bilik rehat Ahli Suruhanjaya. Di akhir lawatan, Tan Sri Mahmood Adam meletakkan plak di Pusat Temu duga Cenderasari sebagai tanda kenangan. ----- MediaSPA

Aktiviti7

Aktiviti7