April 2013 - Aktiviti 9

  • Sesi Interaksi Dan Lawatan Rasmi Timbalan Setiausaha S.P.A Ke Washington


    WASHINGTON D.C 12 April ----- Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia hari ini telah mengadakan lawatan rasmi ke Kedutaan Besar Malaysia di Washington D.C. Ketibaan beliau disambut oleh Deputy Chief Of Mission, Tuan Syahril Effendi Abd. Ghany. Puan Lim Mooi Eia dan rombongan turut membuat lawatan ke Pejabat Pengarah Pelajaran Malaysia (Washington) dengan disambut oleh Dr. Posiah Mohd Isa dan mengadakan perjumpaan dengan Penasihat Pendidikan Dan Latihan (PPL) JPA, Encik Mohd Nazrol Marzuke. Puan Lim Mooi Eia seterusnya melawat Dewan Tun Dr. Ismail di mana Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 akan diadakan dan beliau juga akan mengadakan sesi Interaksi bersama pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di sana.----- MediaSPA

Aktiviti9

Aktiviti9

Aktiviti9