April 2018 - Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 18 April ----- Program Ziarah Kebajikan SPAVOL Kemboja

    KEMBOJA, 5-8 April ----- SPA Volunteer telah menganjurkan Program Ziarah Kebajikan SPA Volunteer (SPAVOL) Kemboja pada 5 hingga 8 April 2018 lepas. Tim Sukarelawan SPAVOL membawa barangan sumbangan berupa kit ibadah yang diagihkan kepada 150 keluarga miskin di Kampung Thnaot, Kratie, Kemboja. Sukarelawan SPAVOL turut menziarahi penduduk kampung dari rumah ke rumah dan menyampaikan sumbangan. Sebanyak 450 unit telekong, sejadah dan kain pelikat telah diagihkan. Di samping menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin, Tim Sukarelawan SPAVOL turut mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja. Sukarelawan SPAVOL telah disambut oleh Minister Counsellor, Tuan Ruzaimi Mohamad. Selain itu, sukarelawan SPAVOL dibawa melawat kesan krisis kemanusian di bawah pimpinan Pol Pot yang telah membunuh rakyatnya sendiri. Mereka melawat "killing field" yang merupakan tempat pembunuhan kejam regim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot. Mereka juga melawat The Sleng Genocide Museum yang merupakan tempat siksaan tahanan sebelum dibunuh di "killing field". Tempat tahanan ini sebelumnya merupakan sebuah sekolah yang telah diubah suai menjadi tempat menyiksa tahanan.

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2

 

Aktiviti4_3

 

Aktiviti4_4

 

Aktiviti4_5