Disember 2012 - Aktiviti 4

  • Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan  
       
    PUTRAJAYA 9 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) malam tadi telah mengadakan Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan sempena meraikan tamat tempoh 5 orang Ahli Suruhanjaya iaitu YBhg. Dato' Dr. Ramlee Haji Rahmat, YBhg. Dato' Abdul Rahman Husin, YBhg. Datuk Salim Hashim, YBhg. Datin Norasmah Shamsudin dan Encik Perumal A/L Govindarajoo. Hadir sama di majlis tersebut, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Pengerusi SPA telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada Ahli-Ahli Suruhanjaya yang diraikan. Para tetamu juga turut di hiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian dari artis-artis SPA.----- MediaSPA

Aktiviti 4

Aktiviti 4

Aktiviti 4